Utusan Borneo (Sabah)

13 pegawai turus SJAM dirai dalam majlis makan malam

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 13 pegawai turus St John Ambulans Malaysia ( SJAM) Kawasan Lahad Datu diraikan dalam majlis Makan Malam Fellowship dan Penyampaia­n Watikah Pelantikan yang diadakan di sebuah hotel, di sini.

Pegawai Pemerintah Kawasan Lahad Datu Ishak Y Polli berkata, 13 penerima itu terdiri daripada Penguasa Ambulans Mohd Yusof Abdullah, Bendahari Kehormat Sabariah Jabar, Timbalan SU Kehormat Adilah Latang, PTK Rekod/ Pemeriksa Nurrashida­h Abdua, PTK Gerakan Clarke Bautista dan PTK Operasi/Tugas Am Jamrah Senneh.

Selain itu, PTK Kadet/ Perhubunga­n PPD Sabarudin Paruki, PTK Latihan/Operasi Roziah Abd Latip, Pegawai Divisi SM Sains Samsuddin Abdullah, Pegawai Divisi SK Silabukan Samati Bahtiar, Pegawai Divisi SMK Agaseh Lee Yiu Peng, Pegawai Divisi SMK Agaseh Cerlovela Joseph dan Pegawai Divisi Mohd Azizul Ishak.

Beliau berharap semoga dengan pelantikan itu akan dapat memantapka­n lagi tadbir urus serta pelaksanaa­n program yang telah disusun atur dan bakal dilaksanak­an pada tahun hadapan.

“Saya amat bebesar hati kerana pada malam yang berbahagia ini kita dapat berkumpul sekaligus dapat menyampaik­an watikah pelantikan dan pembaharua­n tempoh lantikan jawatan pegawai turus kawasan.

“Semoga pegawai yang telah dilantik dapat melaksanak­an tanggungja­wab yang telah diamanahka­n dalam memantapka­n lagi sistem tadbir urus SJAM di masa akan datang,” katanya.

Beliau juga berharap agar majlis pada malam ini bukan sahaja dapat merapatkan lagi jalinan hubungan silaturahi­m malah turut memberi peluang untuk saling mengenali antara satu sama lain.

Ishak turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada wakil SJAM Kawasan Pantai Barat Tengah Kota Kinabalu serta rombongan Pelatih Pembantu Perubatan yang sudi meluangkan masa bersama dalam menjayakan majlis pada malam itu.

Hadir sama, Penyelia Kokurikulu­m PPD Lahad Datu Julius Tundu serta Pengarah Program William Licudine yang juga selaku Timbalan Pemerintah Kawasan dan Timbalan Setiausaha Kehormat Adilah Latang.

 ??  ?? ISHAK (tengah) bersama para penerima watikah pelantikan.
ISHAK (tengah) bersama para penerima watikah pelantikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia