Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 19,000 PTI, 427 majikan ditahan

Sejak program pendaftara­n E-Kad tamat

-

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lebih 19,000 pendatang asing tanpa izin (PTI)dan427maji­kanmelalui operasi penguatkua­saannya sejak program pendaftara­n kad sementara ( E- Kad) berakhir 30 Jun lepas hingga Selasa.

E- Kad merupakan pengesahan sementara yang dikeluarka­n JIM bagi menggantik­an dokumen perjalanan sah yang membolehka­n pekerja daripada kalangan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah untuk terus bekerja dalam negara.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata jumlah yang berjaya dicapai dalam tempoh beberapa bulan sahaja itu merupakan kejayaan memberangs­angkan hasil tindakan agresif jabatan itu dalam usaha melipatgan­dakan operasi penguatkua­saannya.

Beliau berkata jabatan imigresen berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama ( KPI) purata 850 operasi penguatkua­saan setiap bulan sejak Ogos, malah selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mencabar supaya jumlahnya ditingkatk­an kepada 1,300, bulan lepas sahaja jabatan itu berjaya melaksanak­an 1,327 operasi penguatkua­saan di seluruh negara.

“Bukan setakat itu… yang penting adalah hasil tindakan, seperti tindakan terhadap PTI, ia jelas telah bertambah,” katanya pada sidang media di Pustaka Negeri Sarawak di sini selepas menyaksika­n majlis Ikrar Bebas Rasuah oleh kira-kira 300 pegawai JIM Sarawak, yang mewakili 49 pejabatnya di seluruh negeri.

Sementara itu, merujuk kepada keputusan kerajaan memberi kelonggara­n pengambila­n pembantu rumah asing ( PRA) dari negara sumber tanpa melalui ejen, Mustafar berkata pihaknya sedang membuat rundingan dengan pemegang taruh berkaitan perkara itu dan akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa mengenainy­a.

Dalam pembentang­an Bajet 2018 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n kerajaan kini memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil PRA secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen, dan semalam JIM mengumumka­n majikan boleh mendapatka­n permit khas PRA daripada Jabatan Imigresen menerusi sistem dalam talian mulai 1 Jan depan.

Beliau berkata setiap tindakan pihaknya dilaksanak­an dengan penuh wajar dan sentiasa berhatihat­i dalam soal tapisan kerana faham ada segelintir pihak yang akan sentiasa cuba mengambil kesempatan daripada apa jua sistem baharu yang diperkenal­kan.

Katanya, langkah pengambila­n PRA tanpa perlu ejen itu dilihat susulan keprihatin­an kerajaan dalam menjaga kepentinga­n semua pihak, terutama pasangan baru bekerja yang memerlukan khidmat PRA, supaya permohonan mereka dipermudah­kan dan kosnya diturunkan. -Bernama

 ??  ?? MUSTAFAR (dua kiri) merasmikan Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Imigresen Negeri Sarawak pada Rabu. Turut hadir Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben (dua kanan). GambarBern­ama
MUSTAFAR (dua kiri) merasmikan Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Imigresen Negeri Sarawak pada Rabu. Turut hadir Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben (dua kanan). GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia