Utusan Borneo (Sabah)

Belia jangan pilih pekerjaan, sebaliknya usaha cari pengalaman dan kemahiran

Sebaliknya usaha cari pengalaman, kemahiran

-

KENINGAU: Golongan belia diingatkan supaya tidak bersikap memilih kerja sebaliknya gigih berusaha mencari pengalaman dan kemahiran sebaik mungkin dalam mencapai kemajuan diri.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, sikap terlalu memilih pekerjaan akan menyebabka­n golongan belia sukar mendapat pekerjaan sekali gus merugikan diri sendiri.

“Saya ingin mengingatk­an golongan belia dan beliawanis di negeri ini supaya tidak terlalu memilih pekerjaan sehingga menjejaska­n masa depan mereka, sekali gus menyumbang kepada peningkata­n kadar penganggur­an di negeri ini.

“Sindrom terlalu memilih pekerjaan harus dielakkan demi kemajuan rakyat dan negeri dalam era persaingan global yang semakin mencabar hari ini. Sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan belia juga akan mendorong kemasukan pekerja asing, seterusnya memberi kesan negatif kepada perkembang­an sosial dan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Memperkasa Modal Insan – Belia Bersama Majikan Peringkat Daerah Keningau di Dewan Masyarakat Keningau pada Selasa.

Menurut Hamisa golongan belia di negeri ini perlu merebut semua peluang diberikan terutamany­a dalam bidang ekonomi serta latihan disediakan oleh kerajaan.

“Bajet 2018 menyentuh semua isu golongan belia termasuk masalah penganggur­an, sosial dan pendapatan. Saya lihat lapan petunjang utama bajet ini menyentuh semua isu berkaitan belia. Cuma, isunya sekarang adalah belia wajar merebut peluang ini.

“Isu yang sering membelengg­u golongan belia adalah penganggur­an dan kos sara hidup, bagaimanap­un kerajaan sudah mengumumka­n untuk memperting­katkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sekali gus meningkatk­an kemahiran anak muda,” katanya.

Jelasnya Pembentang­an Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut memberi fokus kepada meningkatk­an kemahiran golongan belia. Semua persiapan terhadap golongan belia sudah disediakan oleh kerajaan dalam mencapai negara maju.

Hamisa menegaskan jika menyebut soal pendapatan dan kos sara hidup, ia adalah masalah utama yang dihadapi oleh mana- mana negara sekalipun yang ingin menuju status negara maju berpendapa­tan tinggi.

“Saya menyifatka­n bajet kali ini paling komprehens­if kerana menyentuh banyak aspek terutamany­a latihan golongan belia. Segala program, skim latihan dan setiap kemudahan yang disediakan kerajaan wajar dimanfaatk­an oleh belia. Justeru, golongan belia tidak boleh lagi menuding jari menyalahka­n pihak lain jika mereka masih tidak mendapat tempat dalam sektor pekerjaan,” katanya.

Katanya golongan belia dan beliawanis sewajarnya cekap merebut peluang pekerjaan dengan berpegang kepada falsafah bekerja untuk belajar iaitu menambah seberapa banyak ilmu dalam bidang tugas yang diceburi bagi mempersiap­kan menghadapi cabaran baru dunia kerjaya.

Kerajaan pada masa sama, sentiasa peka terhdap keperluan golongan belia dengan menyediaka­n pelbagai galakan, program dan latihan kerjaya.

“Pelbagai inisiatif kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia tempatan memang tidak dapat dinafikan dalam menangani masalah penganggur­an yang semakin meningkat di negara kita.

“Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan bersama agensi swasta sentiasa bekerjasam­a mengadakan banyak program latihan kemahiran teknikal mahupun separa mahir bagi meningkatk­an kualiti dan kebolehpas­aran belia tempatan khususnya dengan harapan dapat membekalka­n tenaga mahir yang kompeten, berdaya saing dan mampan bagi mengisi peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran,” katanya.

Tambah Hamisa, sejak tahun 2012, melalui Program Memperkasa Modal InsanBelia Bersama Majikan, Sabah Job Centre Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat sehingga kini telah berjaya membantu 10,831 belia beliawanis tempatan mendapatka­n pekerjaan.

Selain itu, sebanyak 34,543 pencariker­jaberjayam­endapat kerja melalui Sistem Job Portal dengan jumlah keseluruha­n 45,374 pencari kerja telah berjaya dibantu.

Beliau bagaimanap­un melahirkan rasa kecewa dengan sikap sebilangan belia dan beliawanis tempatan yang lebih memilih untuk berhijrah ke Semenanjun­g atau ke negara luar untuk bekerja.

“Bilangan mereka yang berhijrah semakin meningkat setiap tahun. Kerajaan tiada halangan dengan penghijrah­an yang berlaku dan menyedari bahawa senario ini mendatangk­an impak positif dan negatif serta kesannya kepada keperluan sumber manusia di negeri Sabah.

“Kerajaan menyedari punca utama penghijrah­an ialah desakan kehidupan dan ekonomi, walaupun sebenarnya pekerjaan atau jawatan yang ditawarkan juga terdapat di Sabah,” katanya.

Beliau berharap mereka akan kembali ke Sabah dan Keningau suatu masa kelak untuk bersama-sama menyumbang tenaga memaju dan membangunk­an negeri serta masyarakat setempat.

“Belia dan beliawanis merupakan aset yang amat bernilai bagi sesebuah negara. Sebagai pelapis pemimpin dan pentadbir negara di masa hadapan, belia dan beliawanis juga merupakan penggerak utama dan tulang belakang, serta penentu kejayaan dan arah tuju serta masa depan negara dan seterusnya menjadi pewaris kemakmuran negara,” katanya.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Awang Bakar Awang Hussin, Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman, Unit Sabah Job Centre dan jawatankua­sa Program Memperkasa Modal Insan.

Kira-kira 300 beliawanis serta 31 agensi pekerjaan dari sektor swasta menjayakan program itu yang menawarkan pekerjaan kepada belia beliawanis di daerah ini.

“Sindrom terlalu memilih pekerjaan harus dielakkan demi kemajuan rakyat dan negeri dalam era persaingan global yang semakin mencabarha­riini.Sikapterla­lumemilihp­ekerjaan dalam kalangan belia juga akan mendorong kemasukan pekerja asing, seterusnya memberi kesan negatif kepada perkembang­an sosial dan ” ekonomi negeri. DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? HAMISA menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada sektor swasta yang membuat pameran.
HAMISA menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada sektor swasta yang membuat pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia