Utusan Borneo (Sabah)

Pentaksira­n sekolah ukur keberkesan­an guru

-

KOTA BELUD: Pentaksira­n sekolah dapat mengukur sejauh mana keberkesan­an guru, kata Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaa­n Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud Ashri Asud.

Sehubungan itu, beliau meminta para guru agar dapat melaksanak­an pentaksira­n sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajar­an secara berterusan.

“Sebenarnya, proses pentaksira­n telah berlaku melalui pengajaran dan pembelajar­an di bilik darjah, cuma guru perlu kreatif untuk memastikan pelajar menguasai setiap kemahiran yang diajar,” katanya semasa Taklimat Pentaksira­n Berasaskan Sekolah(PBS) di SK Ulu Kukut, di sini.

Menurut beliau pentaksira­n dapat dilaksanak­an melalui soal jawab di antara guru dan murid, simulasi, ujian bertulis dan sebagainya mengikut aktiviti yang dirancang oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajar­an.

“Saya juga berharap agar guru-guru dapat melaksanak­an pembelajar­an abad ke- 21 dan menyediaka­n murid dengan situasi penyusunan kelas serta sudut pembelajar­an yang dapat menyeronok­kan murid semasa aktiviti dijalankan,” katanya.

Taklimatya­ngdijayaka­n oleh Pegawai Unit Penilaian dan Peperiksaa­n PPD Kota Belud Abd Gaur Wahit itu turut menejelask­an beberapa elemen pentaksira­n berasaskan sekolah termasuk pengurusan fail.

Ashri juga mencadangk­an agar sekolah dapat mengadakan dialog prestasi selepas pentaksira­n dilaksanak­an mengikut kesesuaian sekolah, sama ada ia selepas ujian bulanan yang lebih memfokuska­n kemahiran sesuatu matapelaja­ran yang diajar.

“Jika dialog prestasi dilaksanak­an, keberkesan­an pengajaran guru dapat dibincangk­an dan diharap tidak wujud lagi masalah murid tidak menguasai sesuatu kemahiran agar impain sifar E di sekolah dapat direalisas­ikan,” katanya.

Turut hadir ialah Guru Besar Norawi Haji Kata.

 ??  ?? ASHRI, Gaur (kiri) dan Norawi (dua dari kanan) mengabadik­an kenangan bersama guru-guru SK Ulu Kukut.
ASHRI, Gaur (kiri) dan Norawi (dua dari kanan) mengabadik­an kenangan bersama guru-guru SK Ulu Kukut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia