Utusan Borneo (Sabah)

JK baharu KKTM terima watikah

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Mahasiswa Kolej Kediaman Tun Mustapha ( KKTM) mengadakan Majlis Bersama Warga KKTM dan Majlis Pelantikan Jawatankua­sa sesi 2017/ 2018 bertempat di Dewan Utama Kolej Kediaman Tun Mustapha.

Majlis itu diadakan bagi menyampaik­an sijil watikah kepada ketua- ketua blok baharu bagi Sesi 2017/2018 yang akan memikul tanggungja­wab untuk menjaga kebajikan pelajar KKTM.

Pelantikan jawatankua­sa yang baharu melibatkan sejumlah 16 orang iaitu terdiri daripada Unit Beruniform Palapes Darat, Udara, Laut, Suksis, Angakatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Asasi, Medic dan Awam.

Menurut Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha Kol (PA) Dr Mohamad Nizam Nazarudin, Jawatankua­sa KKTM adalah entiti yang penting bagi membantu pengurusan kebajikan pelajar dalam Kolej Kediaman Tun Mustapha.

“Seperti yang kita sedia maklum, jawatankua­sa KKTM adalah orang yang akan membantu pihak pengurusan menjaga kebajikan pelajar, jika tiada jawatankua­sa ini maka tidak kukuh sesebuah pengurusan kolej,” katanya.

Pada majlis yang sama, berlangsun­g perlancara­n Mini Gym KKTM yang dirasmikan oleh pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha sendiri.

Beliau berkata, pelajar KKTM perlulah mempunyai tubuh badan yang sihat kerana KKTM adalah sebuah Kolej Kediaman yang mempunyai Badan Unit Beruniform.

“Saya minta kepada semua pelajar khususnya badan beruniform untuk sentiasa pergi ke Mini Gym kita bagi mengekalka­n tubuh badan serta membina badan di situ.

“Kita mahu orang luar mengenali pelajar KKTM mempunyai badan yang sado (sasa),” katanya.

Majlis itu dilaksanak­an dengan kerjasama Jawatankua­sa Mahasiswa dan Majlis Sekretaria­t KKTM.

 ??  ?? ANTARA yang hadir dalam Majlis Bersama Warga KKTM.
ANTARA yang hadir dalam Majlis Bersama Warga KKTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia