Utusan Borneo (Sabah)

Hari Terbuka Kolej Kediaman Usia-1Borneo

-

KOTA KINABALU: Kolej Kediaman Usia- 1Borneo mengadakan Program ‘Open Day @ KKU1B2.0’ pada Sabtu dan Ahad di Kolej Kediaman Usia- 1Borneo dan dirasmikan oleh Alna Tugon, wakil Ketua Jabatan, Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program yang dianjurkan oleh Jawatankua­sa Mahasiswa Kolej Kediaman Usia- 1Borneo itu adalah sebagai satu inisiatif untuk mengeratka­n lagi hubungan sesama penghuni kolej kediaman dan juga orang awam.

Program bertujuan membolehka­n penghuni kolej lebih giat bersosial selain membentuk elemen asas perniagaan dalam diri.

Seiring program terbuka yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang itu, vendor dari luar turut dijemput untuk turut serta bagi memeriahka­n lagi program yang berlangsun­g.

Terdapatpe­lbagaijual­andan perkhidmat­an sepanjang dua hari program diadakan seperti makanan dan minuman, insurans, lukisan inai, pakaian dan kosmetik.

Seiring aktiviti jual beli, turut diadakan perkongsia­n

ANTARA aktiviti yang diadakan.

ilmu daripada Dr Aslina Baharum, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Keusahawan­an, dan Muhamad Ezyree Jakaria, mantan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP) mengenai pengalaman, cabaran dan kejayaan menempuh alam keusahawan­an.

Sesi kedua-dua perkongsia­n santai itu membantu pelajar melihat masa depan yang cerah melalui keusahawan­an dan mendorong pelajar menceburka­n diri ke arah menjadi usahawan yang berjaya.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) berharap pelbagai ilmu dapat diperoleh oleh pelajar Kolej Kediaman Usia terutamany­a dalam bidang keusahawan­an.

Turut hadir pada hari perasmian adalah Timbalan Pengetua Kolej Kediaman Usia-1Borneo Norhanieya­ti Norhaizat dan Penolong Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS Harun Tambiri.

 ??  ?? ANTARA yang hadir di Hari Terbuka Kolej Kediaman Usia 1-Borneo.
ANTARA yang hadir di Hari Terbuka Kolej Kediaman Usia 1-Borneo.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia