Utusan Borneo (Sabah)

Edwin akhirnya sertai Parti Anak Negeri

-

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayan Dr Edwin Bosi ( gambar) akhirnya membuat keputusan untuk menyertai Parti Anak Negeri pada tengahari 2 November dalam satu majlis ringkas yang akan diadakan di Dataran Datuk Peter Mojuntin Donggongon, Penampang.

Presiden Parti Anak Negeri Datuk Henrynus Amin berkata, Edwin yang juga mantan Timbalan Ketua Perhubunga­n DAP Sabah telah menghubung­i beliau dua hari lalu untuk memaklumka­n keputusan menyertai Parti Anak Negeri bersama 30 penyokongn­ya.

Beliau berkata, ibu pejabat parti itu di Inanam Capital telah dimaklumka­n dan persiapan parti untuk menerima borang keahlian Edwin sedang diusahakan.

“Sidang akhbar dan ceramah politik untuk menjelaska­n wawasan dan perjuangan Parti Anak Negeri akan juga diadakan di Buhavan Square Donggongon selepas majlis penyerahan borang keahlian itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Henrynus berkata, Edwin sejak beberapa bulan yang lalu telah berdiam diri untuk memikirkan ruang pilihan dan prospek masa depan perjuangan­nya setelah meninggalk­an DAP.

“Kami telah menunggu keputusan beliau dengan sabar dan kami bersyukur kerana beliau akhirnya telah membuat keputusan yang betul,” katanya.

Katanya Edwin telah membuat keputusan memilukan apabila meninggalk­an parti lama yang beliau telah dedikasika­n hidupnya selama ini.

“Tetapi kini, Dr Edwin telah menemui rumah baharu iaitu Parti Anak Negeri di mana beliau boleh meneruskan perjuangan­nya,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan kepimpinan Edwin berpaksi kepada rakyat di mana beliau memperjuan­gkan hak dan maruah Anak Negeri sejak beliau masih menjadi Adun DAP dan juga sebagai Timbalan Ketua Perhubunga­n DAP Sabah.

“Kami kenal Dr Edwin sebagai pemimpin rajin bekerja, dipercayai dan rendah hati yang telah berkhidmat kepada kawasannya dengan penuh komitmen dan dedikasi.

“Belau telah menerima lima teras perjuangan Parti Anak Negeri dan beliau amat senang dengan pendekatan politik sederhana dan tidak berkonfron­tasi. Kami harap dapat bekerjasam­a rapat dengan beliau dan penyokong beliau.

“Saya tidak mahu membuat sebarang andaian tentang kedudukan Dr Edwin dalam Majlis Tertinggi parti tetapi saya ingin mengesahka­n beliau akan memimpin cawangan parti di Penampang untuk persiapan pilihan raya akan datang,” katanya.

Henrynus berkata Parti Anak Negeri sedia menerima beliau serta semua penyokongn­ya ke dalam parti. Kemasukan beliau ke dalam Parti Anak Negeri mungkin bakal menjadi titik penentu yang sedang ditunggu-tunggu selama ini.

Dengan perkembang­an terbaharu itu, kini Parti Anak Negeri kini mempunyai Adun sendiri di Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Malah dalam persidanga­n Dewan Undangan Negeri akan datang kami mempunyai wakil untuk menyampaik­an ucapan sebagai Adun Parti Anak Negeri,” katanya.

Sementara itu, Henrynus berkata, keahlian Parti Anak Negeri terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang lahir di Sabah atau Sarawak yang menerima tujuan dan matlamat perjuangan parti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia