Utusan Borneo (Sabah)

K1M Zon 18 Labuan manfaat lawatan sambil belajar

-

LABUAN: Program Lawatan Sambil Belajar Komuniti 1Malaysia(K1M) Zon18Etnik Sabah, Wilayah Persekutua­n Labuan ke Daerah Kota Belud dan Daerah Tuaran Sabah diharapkan dapat memberi pengetahua­n baharu kepada ahli komuniti melalui destinasi yang telah mereka kunjungi.

Pengerusi K1M Zon 18 Etnik Sabah Labuan Herin Lumpisau berkata dia bersama ahli rombongan yang lain bertuah kerana berpeluang mengunjung­i daerah Kota Belud dan Tuaran.

Ia memberi pengalaman secara langsung kepada ahli K1M Zon 18 mengenai tempat-tempat yang menarik dalam lawatan sambil belajar itu.

“Antaranya, ketika membuat lawatan ke Borneo Ant House (rumah semut) yang terletak di Kampung Kindu, Tuaran.

“Rumah semut itu merupakan galeri bawah tanah yang yang pertama dibuka di negara kita dengan memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahua­n berkaitan kehidupan serangga semut yang jarang- jarang kita ketahui selama ini,” katanya ketika bersama rombongan melawat ke galeri itu pada Sabtu.

Melaluinya juga, jalinan antara K1M Labuan dan K1M Sabah turut dieratkan lagi hasil kunjungan mesra rombongan ahli K1M Zon 18 Labuan bersama Pengerusi Permuafaka­tan K1M Daerah Kota Belud yang juga Pengerusi K1M Kg Jawi-Jawi Kota Belud Haji Marali Adim.

Pertemuan itu diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Haji Almain Ajirul bersama Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Haji Swady Guliling, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Supian Musa, Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara Durahim Jaman serta Pegawai Penerangan Daerah Kota Belud Sharif Ahmad Shah Sh Mundui.

Herin berkata sesi percambaha­n ilmu serta bertukar- tukar pandangan turut diadakan semasa sesi kunjungan mesra itu.

“Saya bangga kerana dapat bertukar-tukar idea bersama dengan para pegawai kanan Jabatan Penerangan Malaysia bersama- sama pengerusi Permuafaka­tan K1M Kota Belud yang mana pelbagai input berguna yang dipelajari daripada K1M Kota Belud boleh kami bawa untuk dimanfaatk­an oleh ahli K1M Zon 18 Labuan pula,” katanya.

Seramai 11 ahli K1M Zon 18 Etnik Sabah, Wilayah Persekutua­n Labuan termasuk tiga pegawai pengiring dari Jabatan Penerangan Wilayah Persekutua­n Labuan menyertai lawatan sambil belajar itu yang turut melawat beberapa tempat menarik seperti River Cruise Kota Belud, Perkampung­an Tradisi Linangkit Kampung Selupoh Tuaran, Sabandar Leisure Tuaran serta Chanteek Borneo Indigenous Museum Tuaran.

Turut serta dalam lawatan itu, Pengerusi Penganjur Clement Tiansun, Setiausaha K1M Zon 18 Etnik Sabah Labuan Missilia Santi dan Rakan Sukarelawa­n K1M Zon 18 Labuan Hanisah Mohd Bandi.

 ??  ?? AHLI rombongan K1M Zon 18 Labuan merakamkan gambar kenangan bersama Almain, Swady serta para pegawai Jabatan Penerangan Sabah di Restoran Kota Belud Bypass.
AHLI rombongan K1M Zon 18 Labuan merakamkan gambar kenangan bersama Almain, Swady serta para pegawai Jabatan Penerangan Sabah di Restoran Kota Belud Bypass.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia