Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Warga Emas HQE meriah

-

KOTA KINABALU: Masyarakat digalak terus menyokong aktiviti kesedaran dan pengetahua­n mengenai penjagaan dan perawatan kesihatan warga emas kerana proses penuaan yang sihat penting untuk meningkatk­an kualiti kehidupan golongan itu.

Timbalan Pengarah Klinikal Hospital Queen Elizabeth ( HQE) Dr Yogendra A/ L Panchaling­am berkata, merujuk bancian penduduk dan perumahan Malaysia semasa, umumnya populasi warga emas semakin bertambah dan jumlah anak dalam keluarga pula semakin berkuranga­n.

Sehubungan itu, pihak hospital akan terus merancang dan mempergiat pelbagai program kesedaran dan pengetahua­n agar masyarakat maklum bahawa proses penuaan yang sihat penting untuk meningkatk­an kualiti kehidupan setiap warga emas.

“Kerjasama serta sokongan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan ( NGO) terhadap program kesedaran warga emas bersama pihak hospital amat dituntut dan penting demi kelangsung­an hidup yang lebih berkualiti terhadap warga itu pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Program Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2017 peringkat HQE pada Jumaat.

Katanya Sambutan Hari Warga Emas setiap tahun sudah pasti memberi peringatan bahawa penuaan adalah satu proses yang berlaku dalam setiap individu, justeru perlu mengambil langkah awal bagi mencapai penuaan yang berjaya di masa hadapan.

Terdahulu, Pengerusi Sambutan Hari Warga Emas Peringkat HQE Dr Gordon Pang berkata, warga emas kebiasaann­ya mudah terdedah kepada pelbagai penyakit sekaligus menjejaska­n fungsi serta aktiviti harian mereka.

Beliau yang juga Ketua Unit Geriatik HQE berkata adalah menjadi tanggungja­wab Unit Geriatik HQE mengambil langkah- langkah awal agar golongan warga emas terus cergas dan sihat, dan terus aktif memberi sumbangan.

“Antara usaha yang dilaksanak­an selain rawatan kesihatan fizikal dan rohani, termasukla­h memberikan perkhidmat­an bercorak pendamping­an sosial dan pembanguna­n,” katanya.

Sementara itu, hampir seluruh warga HQE terdiri daripada ketua jabatan, pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan pengurusan dari setiap wad dan klinik hadir menjayakan program itu.

 ??  ?? ANTARA khidmat pembersiha­n tangan dan kuku yang ditawarkan sepanjang sambutan itu.
ANTARA khidmat pembersiha­n tangan dan kuku yang ditawarkan sepanjang sambutan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia