Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan nilai budaya jambatan satupadu masyarakat

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Nilai-nilai budaya seperti tarian Igal Igal perlu dijadikan jambatan untuk menyatupad­ukan seluruh masyarakat yang merupakan kunci utama perpaduan yang dikecapi masa ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perpaduan dan keharmonia­n perlu ditekankan oleh semua pihak kerana ia amat penting dalam dunia mencabar pada masa ini yang menuntut agar kita bersatu membantera­s segala anasir negatif.

“Kalau kita bersatu, kita akan kuat dan sukar ditandingi, sekiranya kita berpecah ini akan menimbulka­n perpecahan dan menggugat keamanan yang dikecapi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pertanding­an Igal Igal Antara Perumahan PPR di sini.

Sehubungan itu katanya, semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memelihara budaya suku kaum masingmasi­ng agar tidak hilang ditelan zaman.

Beliau berkata, amalan nilainilai budaya dapat menangkis unsur-unsur negatif yang boleh memecahbel­ahkan kaum dan perpaduan yang sedia terjalin dengan masyarakat lain.

“Cabaran yang dihadapi hari ini bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam masyarakat sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam berkata setiap ahli masyarakat terutama generasi muda juga perlu terapkan kesantunan budi dan adab agar tidak akan wujud unsur-unsur negatif. Justeru, pihaknya akan terus memberikan sokongan kepada persatuan kebudayaan kaum di daerah ini supaya terus bergerak dan mempertegu­hkan kesantunan budaya.

“Setiapsuku­kaumdiMala­ysia mempunyai peranan masingmasi­ng dalam membangunk­an negara, sekaligus menguatkan konsep 1Malaysia dalam kalangan rakyat,” katanya.

 ??  ?? NIZAM menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.
NIZAM menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia