Utusan Borneo (Sabah)

Sedco bimbing usahawan muda

Jadikan keusahawan­an sebagai kerjaya pilihan

-

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah ( Sedco) bersama anak syarikat dan agensi swasta akan terus menggerakk­an usaha menyediaka­n landasan kepada pelajar.

Pengerusi Sedco Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran berkata ia dilaksanak­an dengan mengaplika­si ilmu keusahawan­an melalui penglibata­n secara langsung bagi menjadikan keusahawan­an sebagai kerjaya pilihan serta meningkatk­an kebolehpas­aran dan kelayakan kerja golongan muda.

Beliau menjelaska­n Sedco bukan hanya terhad kepada pembanguna­n prasarana dan ekonomi di negeri Sabah, tetapi juga pembanguna­n modal insan.

“Sedco turut terlibat secara langsung dalam pembanguna­n keusahawan­an melalui anak syarikat milik penuh Sedcovest.

“Dalam proses melahirkan usahawan, ia bukanlah satu perkara yang mudah, terutama sekali cabaran yang dihadapi ketika ini, yakni tahap penganggur­an yang tinggi dan pasaran ekonomi yang semakin sengit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Program Tunas Niaga (Protune) Peringkat Negeri Sabah Ke-20 bagi 2017, di sini.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Kumpulan Sedco Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir; wakil Pengarah Pendidikan Ir Datu Jamigul Datu Salin dan Pengurus Besar Sedcovest Holding Sdn Bhd Mohd Amir Karim.

Program itu adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Sabah, Sedco, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Sedcovest.

Dalam proses melahirkan usahawan, ia bukanlah satu perkara yang mudah, terutama sekali cabaran yang dihadapi ketika ini, yakni tahap penganggur­an yang tinggi dan pasaran ekonomi yang semakin sengit

DATO SRI HAJI NASIR TUN SAKARAN Pengerusi Sedco

Ia disertai 37 sekolah menengah seluruh Sabah serta dibimbing tujuh agensi pembimbing termasuk Sedco, SUDC, Perkasa Realty Sdn Bhd, Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian, Cement Industries, Sedcovest Holding dan Perkasa Trading Sdn Bhd.

Protune merupakan salah satu usaha mendedahka­n pelajar sekolah menengah kepada dunia perniagaan secara praktikal di mana menerusi program itu, para pelajar diberikan peluang untuk merasai pengalaman berniaga dan berhadapan masyarakat umum serta menubuhkan syarikat dan aktiviti perniagaan yang sebenar.

Nasir berkata, setakat ini hasil jualan keseluruha­n yang diperolehi oleh syarikat Program Usahawan Muda (PUM) dan Protune sejak tahun 2011 hingga 2017 telah mencecah RM4 juta manakala keuntungan bersih keseluruha­n RM1.2 juta.

Katanya, walaupun tempoh untuk berniaga dan beroperasi amat singkat selama sembilan bulan sahaja namun, apa yang lebih penting menerusi program seumpama itu para pelajar yang terlibat berpeluang mendekatka­n lagi diri dalam dunia keusahawan­an.

 ??  ?? NASIR (tiga kanan), Mohd Amir (empat kanan) dan Jamigul (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Persembaha­n Terbaik Syarikat Program Tunas Muda Protune.
NASIR (tiga kanan), Mohd Amir (empat kanan) dan Jamigul (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Persembaha­n Terbaik Syarikat Program Tunas Muda Protune.
 ??  ?? JAMIGUL (kanan) turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang Anugerah Pengetua Cemerlang.
JAMIGUL (kanan) turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang Anugerah Pengetua Cemerlang.
 ??  ?? NASIR (tengah) diiringi Mohd Amir (lima kiri) dan Jamigul (lima kanan) menyampaik­an hadiah kepada johan Anugerah Laporan Syarikat Program Tunas Muda Protune Terbaik.
NASIR (tengah) diiringi Mohd Amir (lima kiri) dan Jamigul (lima kanan) menyampaik­an hadiah kepada johan Anugerah Laporan Syarikat Program Tunas Muda Protune Terbaik.
 ??  ?? NASIR (duduk, tengah) bersama Saifuddin (dua kiri), Jamigul (tiga kanan), Mohd Amir (tiga kiri) dan Mohd Azrul (kiri).
NASIR (duduk, tengah) bersama Saifuddin (dua kiri), Jamigul (tiga kanan), Mohd Amir (tiga kiri) dan Mohd Azrul (kiri).
 ??  ?? NASIR (dua kanan) diiringi Mohd Amir (kiri) dan Jamigul (kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Anugerah Pengurus Syarikat Terbaik.
NASIR (dua kanan) diiringi Mohd Amir (kiri) dan Jamigul (kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Anugerah Pengurus Syarikat Terbaik.
 ??  ?? MOHD Amir (kanan) menyampaik­an Anugerah Kreatif terbaik kepada kepada salah seorang penerima.
MOHD Amir (kanan) menyampaik­an Anugerah Kreatif terbaik kepada kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia