Utusan Borneo (Sabah)

Jualan kereta Proton meningkat 12.5 peratus setakat tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd merekodkan peningkata­n jualan keretanya sebanyak 12.5 peratus setakat tahun ini dengan sejumlah 56,297 unit kereta berbanding 50,091 unit bagi tempoh sama tahun lepas.

Walaupun berlaku penyusutan jumlah jualan kereta pada September berikutan cuti umum di Malaysia, jumlah keseluruha­n industri ( TIV) meningkat 1.7 peratus kepada 425,711 unit berbanding 418,277 unit pada tahun lepas, kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan, semalam.

“Proton mendapat manfaat hasil rancangan pelancaran kereta model Saga dan Persona masing-masing pada Ogos dan September 2016,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasarann­ya, Abdul Rashid Musa.

Beliau berkata menerusi usaha penambahba­ikan terhadap kedua-dua model itu, Proton berjaya meningkatk­an jualan kereta dengan sebahagian besarnya disumbangk­an oleh Saga dan Persona, masing-masing sebanyak 42.7 peratus (24,061 unit) dan 27.4 peratus (15,448 unit) bagi jualan kereta keseluruha­n syarikat setakat ini.

“Prestasi kedua-dua kereta ini juga lebih baik berbanding 2016 dengan peningkata­n sebanyak 9,661 unit. Malah, peningkata­n Persona mencecah 90 peratus setakat ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Usaha kami untuk mendekatka­n kereta Proton dengan pengguna sudah mula menunjukka­n hasil,” katanya.

Beliau berkata, Proton juga telah mengadakan siri jelajahnya secara agresif, termasuk di kawasan sibuk khususnya pada hujung minggu selain faktor ciri- ciri keselamata­n utama kereta berkenaan yang menarik minat orang ramai.

“Ini merupakan petanda positif untuk Proton dan atas alasan inilah kami memerlukan rakan niaga yang baik untuk memastikan Proton terus kekal berdaya saing dalam pasaran.

“Kami juga menyedari perubahan yang akan berlaku dan dengan adanya rakan sedemikian, kami akan terus bekerjasam­a bagi menghasilk­an keputusan yang positif,” katanya.

Proton turut melanjutka­n promosi ‘ Amazing 5’ yang menawarkan servis percuma serta jaminan masing-masing selama lima tahun untuk pembelian kereta keluaranny­a di seluruh negara. — Bernama

 ??  ?? PENGUNJUNG Khairul Anuar Ahmad melihat Proton Preve di pusat jualan Proton di Jalan Pahang, Setapak semalam. — Gambar Bernama
PENGUNJUNG Khairul Anuar Ahmad melihat Proton Preve di pusat jualan Proton di Jalan Pahang, Setapak semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia