Utusan Borneo (Sabah)

M’sia kekal berada dalam kelompok 25 negara teratas

Tersenarai bersama 190 ekonomi global, lapor Bank Dunia

-

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal berada dalam kelompok 25 negara teratas senarai 190 ekonomi global tahun ini menerusi laporan ‘Menjalanka­n Perniagaan’ Bank Dunia berikutan persekitar­an perniagaan yang baik, demikian menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Secara keseluruha­nnya, laporan itu menyenarai­kan New Zealand sebagai ‘paling mesra perniagaan’ di dunia, mengatasi Singapura dan Denmark dan diikuti oleh Korea Selatan dan Hong Kong.

Dalam kelompok ASEAN, Malaysia di kedudukan kedua selepas Singapura dan mendahului Thailand (kedudukan ke-26), Brunei (56) dan Vietnam (68).

Di Asia, Malaysia berada dalam kelompok lima negara teratas selepas Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan.

Pada tahun ini, Malaysia berada di kedudukan ke-24 dan turun daripada tempat ke-23, tahun lepas.

“Walaupun turun sedikit, Malaysia sebenarnya mencatat peningkata­n sebanyak 0.96 kepada 78.43 dari segi skor ‘jarak kepada peneraju’ (DTF) berbanding 77.47 pada tahun lepas.

“Penurunan dari segi kedudukan itu adalah disebabkan oleh pembaharua­n yang dilaksanak­an oleh Emiriah Arab Bersatu ( UAE) yang diterjemah­kan kepada peningkata­n DTF sebanyak 1.87 yang membolehka­nnya melonjak kepada kedudukan 21 pada tahun ini berbanding 26 pada 2016, kata MITI dalam satu kenyataan, semalam.

Laporan ‘ Menjalanka­n Perniagaan Bank Dunia 2018: Pembaharua­n Bagi Mewujudkan Pekerjaan’ itu merupakan yang ke-15 dalam siri laporan tahunan yang mengukur peraturan membabitka­n 11 bidang dalam usaha menjalanka­n perniagaan.

10 aspek berkaitan turut dimasukkan dalam penyenarai­an tahun ini iaitu kemudahan menjalanka­n perniagaan, memulakan perniagaan, urusan membabitka­n permit pembinaan, mendapatka­n tenaga elektrik, pendaftara­n hartanah, mendapatka­n kredit, melindungi pelabur minoriti, pembayaran cukai, perdaganga­n merentasi sempadan, pelaksanaa­n kontrak dan menyelesai­kan ketidakmam­puan membuat pembayaran.

Ia turut mengukur kawal selia pasaran buruh yang sebelum ini tidak disenaraik­an.

Laporan itu merangkumi data yang dikumpulka­n pada tempoh mulai 2 Jun, 2016 sehingga 1 Jun, 2017.

Sementara itu, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata walaupun Malaysia jatuh satu anak tangga, ia masih mencatat kejayaan dalam pembaharua­n kawal selia perniagaan yang disenaraik­an oleh Bank Dunia, termasuk mengukuhka­n akses kepada kredit menerusi Akta Syarikat 2016 yang baharu dan mewujudkan satu pendaftara­n secara kolateral dan moden.

“Bank Dunia turut memuji (langkah) Malaysia mengukuhka­n perlindung­an minoriti dengan menetapkan ketelusan korporat yang lebih ketara dan meletakkan kita sebagai negara keempat terbaik bagi aspek perlindung­an untuk pelabur minoriti.

“Menurut Bank Dunia, kita juga telah memperting­katkan kemudahan infrastruk­tur di Pelabuhan Klang yang dapat melancarka­n proses kendalian di terminal serta memudahkan proses import dan eksport,” katanya.

Mustapa berkata, MITI juga mengambil maklum mengenai ruang untuk penambahba­ikan seperti dinyatakan oleh Bank Dunia, misalnya di bawah petunjuk ‘Memulakan Perniagaan’ yang menyaksika­n Akta Syarikat 1965 dirombak sepenuhnya pada tahun lepas.

“Kita telah bertindak memansuhka­n beberapa ketetapan yang menyukarka­n proses penggabung­an sebelum ini, khususnya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, beliau mengingkat­kan, walaupun skor itu mencatat peningkata­n, namun penurunan sedikit dalam senarai itu sebaliknya memaparkan kejayaan negara lain melaksanak­an pembaharua­n lebih mendalam dan pada kadar lebih pantas.

“Kita perlu melipatgan­dakan usaha dan bergerak pantas untuk melaksanak­an pembaharua­n selanjutny­a demi memperting­katkan persekitar­an peraturan perniagaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia