Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan mengenai penamaan dipalsukan tidak berasas: KWSP

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) menafikan dan menyifatka­n mesej audio, kini tersebar di media sosial dan WhatsApp, yang mendakwa penamaan ahli telah digantikan dengan nama lain yang tidak berkaitan, sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Dalam kenyataan, KWSP berkata ia melihat penyebaran maklumat yang mengeliruk­an itu, dengan niat untuk mengeliruk­an ahli dan mewujudkan keadaan yang tidak menyenangk­an dan akan mengambil tindakan tegas sebagaiman­a yang diperlukan.

“Siasatan kami mendapati tiada rekod kes sedemikian seperti dinyatakan oleh individu dalam mesej audio tersebut. Jika ahli mendapati butiran penamaan mereka tidak tepat, sila tampil membuat aduan dengan KWSP supaya perkara itu dapat diselesaik­an,” katanya.

Ahli digesa tidak diperdaya oleh mesej palsu itu dan berkongsin­ya di media sosial atau WhatsApp. Proses penamaan KWSP adalah amat sulit.

“Hanya ahli yang boleh melakukan perubahan atau mengemaski­ni nama penama mereka. Ahli dikehendak­i hadir sendiri di cawangan KWSP, berikutan cap jari mereka diperlukan untuk mengesahka­n proses penamaan tersebut,” katanya.

Ahli digalakkan sentiasa menyemak akaun KWSP mereka dan mengunjung­i mana-mana cawangan jika mereka ingin mengemas kini butiran penamaan mereka.

Maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP di www. kwsp. gov. my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubunga­n KWSP di talian 03-89226000. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia