Utusan Borneo (Sabah)

Indeks pembuatan Nikkei susut kepada 48.6 peratus pada Oktober

-

KUALA LUMPUR: Indeks Pengurus Pembelian Pengeluara­n Nikkei Malaysia (PMI) susut kepada 48.6 pada Oktober berbanding 49.9 pada September, seiring dengan penyusutan sektor pembuatan negara ini.

IHS Markit yang merupakan penyedia perkhidmat­an maklumat kewangan menerusi satu nota penyelidik­annya berkata, sektor pembuatan Malaysia memulakan suku keempat secara suram dengan persekitar­an perniagaan secara keseluruha­nnya susut pada kadar paling ketara sejak Julai, berikutan kelemahan dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Pakar Ekonomi IHS Markit, Aashna Dodhia berkata sektor itu berdepan cabaran pada Oktober.

“Penyusutan itu kebanyakan­nya disebabkan oleh kejatuhan permintaan domestik dan luar negara terhadap barangan Malaysia dengan tempahan dan pesanan baharu eksport merosot pada kadar terpantas masing-masing sejak Julai 2017 dan Disember 2016.

“Berikutan persekitar­an perniagaan yang lemah, sektor pembuatan menyaksika­n penyusutan angka gaji untuk pertama kalinya dalam masa empat bulan dan di tahap paling ketara sejak Ogos 2016,” katanya.

Aashna berkata, pada masa sama, tahap keyakinan perniagaan terhadap unjuran pengeluara­n 12 bulan turut mencecah ke paras terendah sejak Mei walaupun prospek untuk firma pembuatan masih ada berikutan kekurangan tekanan daripada bulan sebelumnya.

Kaji selidik IHS Markit menunjukka­n sektor pembuatan mencatat peningkata­n pada Oktober walaupun kadar pertumbuha­nnya adalah kecil.

Menurut laporan itu, sejajar dengan paparan persekitar­an asas permintaan yang kekal lemah, kalangan pengeluar sekali lagi bertindak mengurangk­an belian input pada Oktober dan pada masa sama, syarikat tidak digalakkan melakukan penambahan terhadap simpanan prapengelu­aran mereka pada kadar yang kukuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia