Utusan Borneo (Sabah)

RCEP dijangka dimuktamad­kan pertengaha­n tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Proses memuktamad­kan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) dijangka dilanjutka­n sehingga pertengaha­n tahun depan ekoran kekangan masa selain banyak isu yang belum dibincangk­an.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dengan tahun 2017 semakin hampir ke hujungnya, kerajaan mungkin perlu mengkaji semula sasaran RCEP dimuktamad­kan bagi memastikan ia lebih realistik, dengan mengambil kira pelbagai isu yang dibincangk­an oleh negara anggota.

RCEP merupakan cadangan Perjanjian Perdaganga­n Bebas serantau (FTA) antara 16 negara di Asia Pasifik termasuk 10 negara anggota ASEAN, China, Jepun, India, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Mustapa berkata mesyuarat terbaru mengenai RCEP antara pegawai kerajaan di Korea Selatan berlangsun­g bulan lepas dan laporan penuh belum dikemukaka­n.

“Kami akan menerimany­a pada mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN di Manila dari 10 hingga 11 Nov.

“Kami masih menghadapi beberapa cabaran ( melalui RCEP) dan berharap perbincang­an mengenainy­a boleh diteruskan di Manila, terutama mengurangk­an jumlah halangan,” katanya kepada pemberita selepas ucapan pembukaan pada Persidanga­n Perniagaan Syarikat Peringkat Pertengaha­n di sini semalam.

Sementara itu pada majlis yang sama, Mustapa juga melancarka­n Konsortium Syarikat Peringkat Pertengaha­n Malaysia (MCMTC), inisiatif untuk menyokong Syarikat Peringkat Pertengaha­n (MTC) menjadi juara serantau dan global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia