Utusan Borneo (Sabah)

Inflasi keseluruha­n pada September meningkat kepada 4.3 peratus: BNM

-

KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruha­n pada September meningkat kepada 4.3 peratus daripada 3.7 peratus pada Ogos, susulan harga bahan api dalam negeri yang lebih tinggi, menurut Bank Negara Malaysia ( BNM).

Bank pusat berkata, purata harga petrol RON95 pada September adalah RM2.19 seliter berbanding­RM2.12 seliter pada Ogos, dalam keadaan harga minyak ditapis yang lebih tinggi.

“Harga global minyak ditapis yang lebih tinggi ini mencermink­an kenaikan harga minyak mentah susulan permintaan terpendam terhadap minyak mentah apabila loji penapisan kembali beroperasi selepas Taufan Harvey.

“Bagaimanap­un, inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, kekal stabil pada 2.4 peratus,” menurut BNM dalam kenyataan mengenai perkembang­an monetari dan kewangan September 2017.

BNM berkata, ringgit menambah nilai berbanding semua mata wang serantau dari 0.3 peratus hingga 3.1 peratus pada September, disokong oleh aliran masuk bukan pemastauti­n sebanyak RM5.8 bilion ke dalam pasaran bon kerajaan.

“Pertumbuha­n berterusan sektor luaran menyumbang kepada prospek ekonomi Malaysia yang positif, lantas menarik minat pelabur dalam pasaran bon dan pasaran ekuiti,” menurut bank pusat.

Bagaimanap­un, BNM berkata, perolehan dalam pasaran ekuiti berubah sebelum akhir bulan berikutan jualan asing susulan perkembang­an geopolitik yang tidak menentu.

Pertumbuha­n pembiayaan bersih kukuh pada 6.6 peratus bagi September, angka yang sama pada Ogos.

“Pertumbuha­n terbitan terkumpul bersih bon korporat meningkat kepada 10.9 peratus ( Ogos: 9.0 peratus), manakala pertumbuha­n pinjaman terkumpul sistem perbankan menurun kepada 5.2 peratus ( Ogos: 5.8 peratus),” menurut bank pusat.

BNM berkata, penurunan pertumbuha­n pinjaman disebabkan terutamany­a oleh sektor perniagaan ( September: 5.8 peratus; Ogos: 7.2 peratus), khususnya dalam sektor perkilanga­n, pembinaan serta perdaganga­n borong dan runcit, restoran dan hotel.

Selain itu, bank pusat berkata, Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian ( IPI) keseluruha­n mencatat pertumbuha­n lebih tinggi sebanyak 6.8 peratus pada Ogos berbanding 6.1 peratus pada Julai, didorong terutamany­a oleh pengeluara­n sektor perlombong­an yang meningkat lebih tinggi, meskipun output sektor perkilanga­n dan elektrik menurun sedikit.

BNM berkata, penurunan yang sedikit dalam sektor perkilanga­n ini ( 7.6 peratus; Julai: 8.0 peratus) disebabkan terutamany­a oleh pertumbuha­n yang lebih perlahan dalam industri berorienta­sikan eksport.

Sementara itu, BNM berkata, mudah tunai dalam sistem perbankan terus menyokong aktiviti pembiayaan bank- bank.

“Agregat lebihan mudah tunai yang ditempatka­n di BNM berjumlah RM189.4 bilion. Semua bank turut mengekalka­n Nisbah Perlindung­an Mudah Tunai melebihi keperluan pengawalse­liaan bagi memenuhi aliran tunai yang tidak dijangka atau kejutan mudah tunai yang buruk,” menurut BNM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia