Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi digital semakin kukuh dan jadi penyumbang KDNK

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi digital semakin kukuh dan kini menjadi antara penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan 18.2 peratus pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, prestasi itu dijangka berterusan pada tahun depan khususnya menerusi inisiatif di bawah Bajet 2018.

“Kita telah meletakkan sasaran supaya ekonomi digital menyumbang 20 peratus kepada KDNK menjelang 2020 tetapi pada pendapat saya, dengan pelbagai inisiatif Bajet 2018, ia akan melebihi jangkaan,” katanya ketika menjadi tetamu sesi dialog bertajuk ‘Gelombang Ekonomi Digital dan Impaknya’ pada program Konvensyen Daya eUsahawan 2017 di sini, kelmarin.

Beliau juga yakin dengan potensi ekonomi digital yang dilihat semakin berkembang pantas di peringkat tempatan dan seluruh dunia.

Katanya, kepentinga­n ekonomi digital amat ketara dan dibuktikan dalam tempoh kempen lima hari #MyCyberSal­e 2016, rakyat Malaysia berbelanja sebanyak RM211 juta menerusi pembelian dalam talian.

Abdul Rahman berkata, justeru itu, kerajaan akan melaksanak­an pelbagai inisiatif untuk membantu usahawan Malaysia menembusi aliran pasaran dalam talian.

Beliau berkata, seramai 191,745 usahawan yang mengikuti program eUsahawan dan eRezeki di bawah Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDEC) telah dilatih menjalanka­n perniagaan dalam talian termasuk dari segi pemasaran.

Sasaran peserta usahawan di bawah program itu dijangka bertambah seramai 150,000, disokong peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2018, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ABDUL Rahman bercakap ketika hadir pada Sesi Dialog Usahawan Di Era Revolusi Digital Survival Guide Di Persidanga­n Daya E-Usahawan 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama ABDUL Rahman bercakap ketika hadir pada Sesi Dialog Usahawan Di Era Revolusi Digital Survival Guide Di Persidanga­n Daya E-Usahawan 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia