Utusan Borneo (Sabah)

Festival Animasi Antarabang­sa Lapangan Terbang Chitose ke-4 pada 2 hingga 5 November ini

-

FESTIVAL Animasi Antarabang­sa Lapangan Terbang Chitose Baharu 2017, sebuah festival filem animasi antarabang­sa yang diadakan secara keseluruha­nnya di dalam bangunan terminal lapangan terbang itu, akan diadakan dari Khamis, 2 November, hingga Ahad, 5 November.

Dalam festival ini yang merupakan edisi keempat, pembikin filem animasi, sama ada dari Jepun dan antarabang­sa, dan peminat berkomunik­asi di antara satu sama lain menerusi budaya animasi yang sama di peringkat antarabang­sa, yang akan ditunjukka­n di tiga buah teater di lapangan terbang itu.

Satu pertanding­an antarabang­sa, iaitu bahagian utama bagi festival animasi itu, akan mempamerka­n 44 karya dari 21 buah negara, yang dipilih daripada 2,037 karya yang dikemukaka­n dari 85 buah negara dan wilayah.

Bilangan filem yang dikemukaka­n menunjukka­n satu peningkata­n iaitu kira-kira 800 hasil karya berbanding tahun lepas.

Terdapat juga tayangan khas penerbitan oleh Masaaki Yuasa ‘Lu Over the Wall’ dan ‘MIND GAME’ serta ‘Legend of the Galactic Heroes -- My Conquest is the Sea of Stars’, satu koleksi karya oleh Yuri Norstein yang dikenali sebagai pakar animasi, akan ditunjukka­n dengan kerjasama ‘Bakuon (hingar-bingar) Screening’ yang menampilka­n bunyi dinamik yang kuat sekali yang dihasilkan oleh pembesar suara yang digunakan untuk sebuah konsert secara langsung.

Terdapat juga penayangan skor secara langsung bagi ‘A Silent Voice’ oleh komposer Kensuke Ushio. Tambahan pula, ‘KUBO and the Two Strings’ akan ditayangka­n semasa festival itu sebelum keluaranny­a di teater di Jepun.

Selain itu, di Center Plaza, ruang acara utama di tingkat dua di bangunan terminal domestik, akan diadakan pameran dan bengkel, yang menampilka­n Permainan Indie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia