Utusan Borneo (Sabah)

Permudah ke Brunei

Sarawak minta PM berunding dengan Brunei bagi kurang, hapus cop pasport

-

LIMBANG: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg akan berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengurangk­an cop pasport diguna pakai melalui MiriSabah dan Brunei.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincang pada kunjungan Najib ke Sarawak dan seterusnya ke Brunei bulan depan.

“Saya bersetuju mengenai permohonan rakyat negeri ini berhubung penguranga­n cop pasport di pintu sempadan Sarawak dan Brunei.

“Najib datang ke Sarawak dan saya memberitah­u beliau untuk berunding dengan Brunei bagi mengurangk­an atau menghapusk­an terus penggunaan cop pasport pada perundinga­n Malaysia dan Brunei bulan depan,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Sungai Limbang Kedua, di sini pada Rabu.

Hadir sama isterinya Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Solidariti Rosey Yunus, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Residen Bahagian Limbang Datu Maria Hasman.

Abang Johari berkata, keputusan mengurangk­an cop pasport merupakan keputusan di bawah ketua negara (Najib).

“Ini adalah kuasa ketua negara, saya hanya kuasa negeri sahaja, kita terpaksa berunding dengan Najib agar membawa perkara ini kepada Brunei, sama ada mengurangk­an cop pasport atau menghapusk­an terus cop

“Saya bersetuju mengenai permohonan rakyat negeri ini berhubung penguranga­n cop pasport di pintu sempadan Sarawak dan Brunei. Najib datang ke Sarawak dan saya memberitah­u beliau untuk berunding dengan Brunei bagi mengurangk­an atau menghapusk­an terus penggunaan cop pasport pada ” perundinga­n Malaysia dan Brunei bulan depan. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

pasport seperti diguna pakai di negara luar seperti Hungary,” katanya.

Jelasnya, Sarawak mempunyai hubungan baik dengan negara jiran Brunei.

Sebelum ini, pada 18 Disember 2016, Najib mengumumka­n penubuhan jawatankua­sa teknikal bersama Brunei bagi menyelesai­kan isu birokrasi di sempadan.

Kajian dilakukan bertujuan mendapatka­n kaedah bagi mempermuda­h perjalanan darat tanpa semakan pasport.

Laporan sebelum ini mendakwa rakyat Sarawak dan Sabah serta Brunei terpaksa melalui lapan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) yang ada di Sarawak, Sabah dan Brunei.

Situasi ini menyebabka­n pasport pemilik sering berulang-alik antara Sarawak, Sabah dan Brunei dicop sebanyak 16 kali.

 ??  ?? ABANG Johari (empat kiri) disaksikan Masing (kiri) Dr Jerip, Hasbi dan Awang Tengah (dua kanan) melihat replika Jambatan Sungai Limbang Kedua.
ABANG Johari (empat kiri) disaksikan Masing (kiri) Dr Jerip, Hasbi dan Awang Tengah (dua kanan) melihat replika Jambatan Sungai Limbang Kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia