Utusan Borneo (Sabah)

Jalan pesisir ke Teluk Brunei dalam perancanga­n

-

LIMBANG: Pembinaan jalan pesisir menuju ke Teluk Brunei sepanjang tiga kilometer dimasukkan dalam perancanga­n pembanguna­n menyeluruh bagi kawasan utara negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, sekitar 40,000 penduduk di sini bakal menyaksika­n pemandanga­n Teluk Brunei dan Jambatan MuaraTembu­rong Brunei yang sedang dibina jika jalan pesisir itu siap nanti.

“Pembinaan jalan pesisir ke Teluk Brunei sepanjang tiga kilometer akan dimasukkan dalam perancanga­n pembanguna­n menyeluruh Limbang.

“Pembinaan jalan ini penting untuk jangka panjang selain dapat menyaksika­n pemandanga­n Jambatan Muara Temburong yang sedang dibina di perairan Teluk Brunei,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Sungai Limbang 2 di sini pada Rabu.

Turut sama isterinya Datin Patinggi Datuk Jumaa’ni Tuanku Bujang.

Hadir sama Timbalan-timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Solidariti Rosey Yunus, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Residen Bahagian Limbang Datu Maria Hasman.

Abang Johari mahu pembinaan jalan itu dirancang sebaiknya bagi menarik lebih ramai pengunjung ke utara negeri ini meskipun Jambatan Muara Temburong Brunei dalam pembinaan.

Katanya, Jambatan Sungai Limbang Kedua dicadang oleh Ketua Menteri sebelum ini menerusi iaitu Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

“Sekarang giliran saya membina jambatan. Ini bukan omong kosong, Jambatan Sungai Limbang Kedua menjadi katalis pembanguna­n berlaku di Limbang dijangka siap 2021,” katanya.

Menurutnya, jambatan itu menghubung­kan Limbang dengan Brunei.

Model jambatan itu ala-ala Jambatan Pulau Pinang, merangkumi empat laluan seperti lebuh raya bernilai RM187 juta sepanjang 760 meter.

“Jambatan ini menjadi satu jalan besar menyambung ke Brunei, Limbang, Lawas dan Sipitang, Sabah. Kita yakin jambatan ini mengubah landskap Limbang keseluruha­nnya,” ujarnya.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan sekarang perlu teruskan memfokus kepada pembanguna­n bandar Limbang dan Lawas di utara Sarawak.

Katanya, Sarawak berubah maju 10 tahun akan datang melalui pembinaan prasarana, jalan raya, pembanguna­n luar bandar selain meningkatk­an kelajuan kemudahan internet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia