Utusan Borneo (Sabah)

Bangun Kuching dengan teknologi pintar

Jadikan Sarawak sebagai negeri pintar, moden

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berhasrat melihat bandar raya ini dibangunka­ndengantek­nologi pintar, bagi menjadikan Sarawak amnya sebagai sebuah negeri pintar dan moden, dengan mengintegr­asi dan menggabung­kan pusat warisan sedia ada.

Menurutnya, perancanga­n itu dapat direalisas­ikan kerana Kuching khususnya masih tidak begitu besar dan mempunyai tanah yang luas untuk dibangun dengan bandar-bandar baharu yang pintar dan moden.

“Di Estonia, ia dipanggil e- Estonia kerana semuanya elektronik...daripada itu, saya mempunyai impian untuk Sarawak dikenali sebagai eSarawak yang pintar.

“Maka itu, kita mesti mempunyai infrastruk­tur asas yang akan mengubah Sarawak menjadi pintar menerusi sambungan digital,” katanya pada Majlis Pelancaran Saradise Kuching di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Saradise Datuk Chris Chung.

Selain itu, Abang Johari juga mahu mengguna pakai sistem ‘ dissoult’ seperti yang digunakan di Paris dan Singapura.

“Saya juga mahu menggunaka­n sistem itu untuk Majlis Perancanga­n Negeri (SPA) kita, di mana kita ada pelan induk Kuching menerusi realiti maya dan kita dapat meluluskan projek berdasarka­n pelan induk itu.

“Ia akan benar- benar dilaksanak­an menurut pelan induk yang dipersetuj­ui dengan infrastruk­tur yang mengambil kira lokasi parit, aliran air, mobiliti trafik, orang serta prasarana yang orang perlukan, bagaimana ia bersambung dengan kawasan hijau, tempat letak kereta dan sebanainya. Ini dapat dibuat menerusi simulasi tambahan,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berharap dapat melancarka­n aplikasi e-wallet iaitu Sarawak Pay pada bulan ini, memandangk­an ia sudah diluluskan Bank Negara.

“Dengan Sarawak Pay, rakyat Sarawak boleh membayar perkhidmat­an yang disediakan kerajaan seperti bil elektrik, bil air dan sebagainya dengan hanya menggunaka­n telefon pintar mereka.

“Kita harap dapat melancarka­n aplikasi ini dalam bulan depan,” katanya.

Selain itu, Abang Johari juga merancang menghubung­kan Sarawak Pay dengan pembayaran Alibaba.

“Dengan itu orang ramai boleh membuat urusan jual beli dengan pedagang China,” katanya.

“Perancanga­n itu dapat direalisas­ikan kerana Kuching khususnya masih tidak begitu besar dan mempunyai tanah yang luas untuk dibangun dengan bandarband­ar baharu yang pintar dan moden. Di Estonia, ia dipanggil e-Estonia kerana semuanya elektronik...daripada itu, saya mempunyai impian untuk Sarawak dikenali ” sebagai e-Sarawak yang pintar. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari melihat ruang inovasi Saradise sempena majlis pelancaran Saradise Kuching, malam Selasa.
ABANG Johari melihat ruang inovasi Saradise sempena majlis pelancaran Saradise Kuching, malam Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia