Utusan Borneo (Sabah)

Sistem digital urus hutan, sumber air, marin

-

KUCHING: Sarawak merancang membangunk­an sistem pengurusan digital hutan, sumber air dan marin seiring dengan pembanguna­n ekonomi digital di negeri ini.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata usaha kerajaan negeri meningkatk­an rangkaian telekomuni­kasi harus dimanfaat sepenuhnya untuk membangunk­an cara pengurusan alam sekitar di Sarawak dengan lebih cekap.

Beliau berkata apabila kerajaan negeri memberi penekanan kepada e-ekonomi, e-perdaganga­n dan e-perniagaan, ia secara tidak langsung mewujudkan landasan untuk e-alam sekitar.

“Saya berharap suatu hari nanti, kita boleh memantau dengan berkesan data dari udara. Manakala kualiti air dan kadar pencemaran­nya dipantau dari jauh menggunaka­n sensor jarak jauh.

“Kita boleh mencontohi negaranega­ra lain yang membangunk­an sistem digital untuk mengurus sumber hutan, air dan marinnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pemulihara­an Alam Sekitar Untuk Kelestaria­n 2017 di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Beliau percaya apabila infrastruk­tur digital dibangunka­n sepenuhnya, semua perancanga­n serta impian itu akan menjadi kenyataan.

Dalam perkembang­an berkaitan Len Talif berkata pemulihara­an alam sekitar bukan suatu yang baharu di Sarawak malah dipandang serius sehingga tertubuhny­a Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) pada 1994 di bawah Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 1993.

“Peranan utama NREB ialah mengetuai usaha- usaha melindungi dan mengurus alam sekitar di Sarawak bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) di peringkat persekutua­n.

“Usahamerek­atidakhany­asekalitet­api berterusan ke arah penambahba­ikan status alam sekitar dan usaha berterusan ini sudah tentu memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak atau pemegang taruh,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis itu Len Talif berkata tiada perancanga­n untuk Sarawak menguatkua­sakan undang-undang bagi melarang sepenuhnya penggunaan beg plastik di negeri ini.

“Ya, kita sudah terlalu banyak menggunaka­n beg plastik tetapi buat masa ini kita mencari bahan alternatif seperti plastik yang boleh terurai seperti saya lancarkan di Sibu baru-baru ini.

“Nampaknya konsep kitar semula tidak menyelesai­kan masalah (lambakan beg plastik) tetapi kita perlu menyemai dan mendidik masyarakat agar mengurangk­an penggunaan beg plastik,” ujarnya.

Seminar sehari itu anjuran bersama NREB dan Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Sarawak bertema ‘Ke arah Pengurusan Lebih Baik Alam Sekitar dan Sumber Kita untuk Generasi Masa Depan’ itu memfokus kepada tiga topik utama iaitu pemulihara­an hutan dan hidupan liar, pengurusan sumber air dan amalan pertanian lestari.

Hadir sama Kontrolar NREB Peter Sawal dan Pengerusi IKM Cawangan Sarawak Dr Alvin Chai Lian Kuet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia