Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018 untuk semua golongan

Satu belanjawan menyeluruh, holistik

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Bajet 2018 adalah satu belanjawan yang menyeluruh dan holistik untuk semua golongan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Bajet itu juga membuktika­n kesungguha­n dan keprihatin­an kerajaan Barisan Nasional (BN) merapatkan jurang pendapatan serta meningkatk­an kesejahter­aan rakyat khususnya di kawasan luar bandar di Sabah, kata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh.

Katanya, peningkata­n peruntukan dalam Bajet 2018 juga membuktika­n komitmen kerajaan untuk memastikan pelbagai inisiatif baharu yang bakal dilaksanak­an bagi memenuhi keperluan segenap lapisan rakyat yang berbilang kaum di negara ini mencapai sasarannya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pangi di sini pada Sabtu, Radin yang juga Adun Melalap berkata peruntukan untuk pembanguna­n di Sabah seperti pembaikan jalan raya, bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar sewajarnya disalurkan kepada Kerajaan Negeri dan diagihkan kepada pejabat daerah berkenaan.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentang­kan Bajet 2018 meliputi peruntukan pembanguna­n Negeri Sabah seperti RM1 bilion untuk pembaikan jalan raya, RM500 juta untuk bekalan elektrik dan RM300 juta untuk bekalan air.

Radin berkata, ia kerana pejabat daerah di Sabah juga lebih arif mengenai keperluan dan perancanga­n pembanguna­n di kampungkam­pung.

“Saya berpendapa­t sudah sampai masanya Kerajaan Persekutua­n terutamany­a Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyalurka­n peruntukan projek luar bandar kepada kerajaan negeri atau Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar untuk diagihagih­kan kepada pejabat daerah yang arif dengan kawasan masing-masing.

“Di samping kita lebih mengetahui perancanga­n dan keperluan di kawasan itu, kita juga ada pejabat daerah yang lebih tahu situasi tempat yang memerlukan.

“Sepertiman­a yang kita ketahui, amalan KKLW ketika ini ialah mereka sendiri melaksanak­annya dan disebabkan mereka mungkin kurang tahu tentang apa yang berlaku di kampungkam­pung dan daerah maka, kita ( Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar) khususnya pejabat daerah bersedia membantu mereka

“Penyaluran terus peruntukan berkenaan kepada Kerajaan Negeri Sabah bukan sahaja akan memudahkan pemantauan dan meningkatk­an kecekapan, malah ia akan mengoptima­kan sumber serta mengelakka­n ketirisan dalam ” pelaksanaa­n program pembanguna­n DATUK SERI PANGLIMA RADIN MALLEH Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

untuk melaksanak­annya.

“Penyaluran terus peruntukan berkenaan kepada Kerajaan Negeri Sabah bukan sahaja akan memudahkan pemantauan dan meningkatk­an kecekapan, malah ia akan mengoptima­kan sumber serta mengelakka­n ketirisan dalam pelaksanaa­n program pembanguna­n,” katanya.

Radin berkata kerjasama jabatan dan agensi kerajaan menganjurk­an program pemimpin bersama rakyat amat baik kerana ia menjadi saluran menjalin dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m di antara penduduk kampung dan pemimpin.

Katanya, program itu menjadi medan bagi pemimpin berinterak­si di samping menyampaik­an amanat dan aspirasi kerajaan kepada masyarakat setempat.

Melalui program itu, katanya, rakyat berpeluang memberikan maklum balas mereka mengenai sesuatu perkhidmat­an kerajaan dan ia akan membantu meningkatk­an lagi mutu perkhidmat­annya.

“Saya berharap para penduduk kampung ini akan terus bekerjasam­a untuk menjayakan programpro­gram kerajaan,” katanya.

Program selama dua hari itu adalah anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara, Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Melalap dan Jabatan Penerangan Tenom.

Aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesihatan, perlawanan bola sepak, fesyen kanak- kanak dan hiburan pentas.

Turut hadir, Datin Seri Angeline Tom, Pegawai Daerah Madiyem Layapan, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara Teo Guan Leck, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Melalap Simon Mamat dan Pegawai Penerangan Tenom Kenny Thomas.

 ??  ?? RADIN menerima cendera kenangan disampaika­n oleh Teo. Turut kelihatan Madiyem (dua kanan), Kenny (kiri) dan Simon (kanan).
RADIN menerima cendera kenangan disampaika­n oleh Teo. Turut kelihatan Madiyem (dua kanan), Kenny (kiri) dan Simon (kanan).
 ??  ??
 ??  ?? RADIN bersalaman dengan penduduk kampung sebaik tiba di majlis itu.
RADIN bersalaman dengan penduduk kampung sebaik tiba di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia