Utusan Borneo (Sabah)

Murid Tahun 6 SK Pekan Dua teruja lawat DUN Sabah

-

LABUAN: Seramai 23 murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pekan Dua (SKPD) telah mengadakan Lawatan Akademik ke Kota Kinabalu.

Lawatan Akademik sempena Program KSSP (Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaa­n) Tahun 6 2017 itu diketuai Sabar Dalimin yang juga penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM).

Rombongan itu turut disertai guru Unit Bimbingan Kaunseling ( UBK) Hajah Supiyah Razali selaku penyelaras lawatan bersama PIBG serta tiga guru pengiring yang juga guru Tahun Enam, Nadia Md Yunus, Rohana Ag Besar dan Syed Alwi Said Mohamad.

Sabar berkata lawatan itu bertujuan memberi pendedahan tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu di samping meningkatk­n pengetahua­n murid-murid.

Antara tempat yang dilawati ialah Perdana Park, Borneo Ant House, Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sabah, Perpustaka­an Negeri Sabah, Petrosains Playsmart dan Zoo Lok Kawi.

Beliau yang mewakili Guru Besar Jaafar Matusin berharap menerusi lawatan itu akan meningkatk­an pengetahua­n dan pengalaman murid terbabit bukan sahaja mengenai tempat menarik di Kota Kinabalu tetapi juga daya kepimpinan dan interaksi antara mereka.

“Tentu sekali lawatan itu memberi manfaat kepada murid Tahun Enam di mana, selain dapat mengenali tempat menarik di Kota Kinabalu, mereka juga dapat mengeratka­n silaturrah­im dengan rakan- rakan dan guru-guru Tahun Enam,” katanya.

Mereka juga berpeluang mengetahui peranan DUN Sabah yang menjadi medan pemimpin politik membincang­kan agenda pembanguna­n di Negeri Di Bawah Bayu itu yang kini diterajui Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

 ??  ?? SUPIYAH menyampaik­an cenderamat­a kepada pihak Petrosains Playsmart.
SUPIYAH menyampaik­an cenderamat­a kepada pihak Petrosains Playsmart.
 ??  ?? MURID Tahun 6 teruja melawat DUN Sabah. Turut kelihatan Sabar (berdiri, dua kanan).
MURID Tahun 6 teruja melawat DUN Sabah. Turut kelihatan Sabar (berdiri, dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia