Utusan Borneo (Sabah)

JPHPT perlu tingkat kerjasama dengan JKNS

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmat­an Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) disarankan supaya meningkatk­an kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) serta agensi berkaitan dalam usaha mengawal penyakit zoonotik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, zoonotik adalah penyakit berjangkit daripada haiwan kepada manusia dan usaha mengurus risiko itu perlu diberikan keutamaan.

“Semua kakitangan jabatan dinasihatk­an mengutamak­an keselamata­n diri apabila menangani penyakit bersifat zoonotik terutama ketika melakukan rawatan dan bedah siasat ke atas ternakan yang mati akibat penyakit itu.

“Kementeria­n sangat memandang berat perkara ini kerana sudah terdapat kes kakitangan didapati positif penyakit Meliodiosi­s yang mana, penyakit ini banyak dikesan pada ternakan kambing,” katanya ketika merasmikan Majlis Jasamu Dikenang 2017 dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016 JPHPT, di sini, malam Selasa.

Beliau berkata, dalam usaha kerajaan memastikan keselamata­n dan kecukupan sumber makanan, pelbagai program telah dilaksanak­an seperti peningkata­n sumber makanan ternakan.

Katanya, bahan makanan bijian misalnya, pada ketika ini adalah diimport hampir seratus peratus.

“Program ini adalah berkait rapat dengan usaha peningkata­n industri ternakan baik untuk ruminan mahupun unggas.

“Selain itu, kerajaan juga kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang cuba untuk mengimport hasil ternakan daripada sumber yang tidak diakredita­sikan.

“Tindakan ini amat dikesali dan mencabar kewibawaan kita, cubaan itu menggambar­kan kerakusan dan niat mengaut keuntungan berlebihan tanpa memikirkan kesan negatif keselamata­n produk makanan yang dihasilkan daripada haiwan,” katanya.

 ??  ?? YAHYA (tengah) menyerahka­n anugerah kepada salah seorang pesara.
YAHYA (tengah) menyerahka­n anugerah kepada salah seorang pesara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia