Utusan Borneo (Sabah)

169 pelajar sekolah sukan terima bantuan tahunan

- Oleh JOHAN AZIZ

KOTA KINABALU: Seramai 169 pelajar Sekolah Sukan Malaysia Sabah menerima bantuan tahunan sebanyak RM500 seorang yang disampaika­n oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah di sekolah itu.

Penyampaia­n bantuan itu adalah sempena lawatan kerja rasmi dan majlis suai mesra para pelajar dengan Masiung yang juga Adun Kuamut.

Masiung dalam ucapannya berkata penubuhan sekolah itu adalah mendidik anakanak agar dapat mengangkat mutu sukan di negeri ini supaya setanding dengan negeri lain di negara ini pada masa akan datang.

“Kerajaan Malaysia tidak memikirkan kos kewangan dan sebagainya untuk mewujudkan sekolah ini kerana kerajaan lebih mengutamak­an kemajuan sukan dan menjadikan sekolah ini sebagai salah satu ‘kilang pengeluar’ bakat sukan yang akan mengangkat mutu sukan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabang­sa.

“Selama empat tahun pewujudan sekolah ini, kita tidak menuntut apaapa balasan selain daripada mengharapk­an para pelajar faham fungsi sekolah ini, iaitu untuk menjadi salah satu produk yang mendatangk­an nilai bukan sahaja kepada negeri ini tetapi juga kepada negara amnya,” katanya.

Beliau berkata, pada 2026, Sabah akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) dan berharap agar parapelaja­rdapatmemb­erikan fokus dan komitmen untuk mencipta kejuaraan.

“Rakyat negeri ini akan menyandark­an harapan pada mereka untuk menaikkan imej dan nama negeri ini dengan menjadikan diri sebagai obor yang membakar semangat untuk mencipta kejayaan,” katanya.

Sempena lawatan itu, Masiung serta para pegawainya juga berkesempa­tan menikmati jamuan makan tengahari bersama para pelajar sekolah itu.

 ??  ?? MASIUNG serta para pegawainya bergambar kenangan dengan pihak pengurusan sekolah itu.
MASIUNG serta para pegawainya bergambar kenangan dengan pihak pengurusan sekolah itu.
 ??  ?? MASIUNG menyampaik­an bantuan kepada seorang pelajar perempuan.
MASIUNG menyampaik­an bantuan kepada seorang pelajar perempuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia