Utusan Borneo (Sabah)

Parlimen Jepun pilih semula Abe sebagai PM

Kumpulan 600 lelaki asing yang menjadi mangsa polisi kejam Australia kini amat terdesak

-

TOKYO: Parlimen Jepun semalam melantik semula secara rasmi Shinzo Abe sebagai perdana menteri selepas partinya mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya, meletakkan pemimpin berusia 63 tahun itu dalam laluan sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat di negara itu.

Ahli Parlimen mengundi hampir sebulat suara untuk melantik semula Abe, selepas Parti Demokrat Liberal ( LDP) yang konservati­f mengaut sehingga dua pertiga majoriti pada 22 Oktober.

Semasa kempen Abe telah menegaskan keperluan bagi kepimpinan yang kuat bagi berdepan dengan apa yang beliau katakan sebagai “krisis berkembar” di Jepun, Korea Utara yang bersenjata nuklear dan agresif serta satu kadar kelahiran yang menyusut.

Beliau turut berjanji akan memulakan satu perdebatan mengenai isu kontrovers­i bagi melakukan perubahan terhadap perlembaga­an pasca peperangan yang dikemukaka­n oleh AS di Jepun bagi memperkuku­hkan peranan pihak tentera di negara yang sebelum ini pasifis.

Dalam dewan rendah mempunyai 465 kerusi, Abe telah memenangi 312 undi dari kumpulan pemerintah konservati­f.

Dalam dewan tinggi dengan 242 kerusi, Abe telah memenangi undi majoriti sebanyak 151 undian, mengembali­kan beliau untuk jawatan utama politik Jepun.

“Dewan kami mencalonka­n Shinzo Abe sebagai perdana Menteri,” Speaker Dewan Rakyat Tadamori Oshima mengumumka­n selepas pilihan raya disiarkan di televisyen.

Abe yang tersenyum kemudian berjalan di sekeliling dewan, berjabat tangan dengan para penyokong.

Di sebalik kemenangan besarnya dalam pilihan raya Oktober, kedudukan populariti Abe agak rendah dan kebanyakan pemerhati menyatakan kejayaan beliau dalam pilihan raya berkaitan dengan pihak pembangkan­g yang lemah dan tidak berdaya.

Parti pembangkan­g utama, Parti Demokratik (DP), telah dimansuhka­n sepenuhnya selepas Gabenor Tokyo Yuriko Koike melancarka­n sebuah kumpulan konservati­f yang baharu dan berjanji akan meneruskan dengan politik cara lama.

Beberapa anggota DP yang berpaling tadah dari Parti Harapan pimpinan Koike dan Ahli Parlimen yang berhaluan kiri telah membentuk satu parti baharu, Demokrat Berperlemb­agaan.

Pada akhirnya, sokongan Koike telah menurun, kebanyakan­nya atas sebab beliau gagal untuk mempertaha­nkan dirinya sendiri dalam pilihan raya sekali gus mengeliruk­an pengundi yang tidak mengetahui siapa akan menjadi perdana menteri sekiranya beliau menang.

Parti Harapan berakhir dengan hanya 50 kerusi sementara Demokrat Berperlemb­agaan memenangi 55 kerusi.

Mereka dikalahkan pakatan konservati­f Abe, yang memperoleh­i 313 kerusi Dewan Rakyat dan majoriti besar untuk meminda perlembaga­an. — AFP

 ??  ?? Gambar AFP
ABE tunduk hormat ketika rakan-rakan dalam Parlimen meraikan pelantikan semulanya sebagai PM di Dewan Rakyat di Tokyo, semalam. —
Gambar AFP ABE tunduk hormat ketika rakan-rakan dalam Parlimen meraikan pelantikan semulanya sebagai PM di Dewan Rakyat di Tokyo, semalam. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia