Utusan Borneo (Sabah)

Firma Jepun tambah cuti kakitangan bukan perokok

-

TOKYO: Pekerja bukan perokok di sebuah firma Jepun mendapat tambahan cuti enam hari sebagai ganjaran bagi masa ketika rakan setugas mereka keluar merokok semasa waktu bekerja.

Piala, syarikat pemasaran dan rundingan perdaganga­n dalam talian di Tokyo, telah melaksanak­an program itu pada September selepas seorang pekerja mengadu masa yang dibazirkan rakan setugas perokok yang sering hilang untuk merokok.

“Disebabkan pejabat kami di tingkat 29, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit bagi perokok untuk turun ke bilik merokok di tingkat bawah tanah dan naik semula ke pejabat,” kata jurucakap Hirotaka Matsushima.

“Namun perbualan di bilik merokok kebanyakan mengenai kerja di mana mereka bertukar idea dan saling membantu,” jelas beliau.

“Maka kami memutuskan lebih baik memberi ganjaran ( kepada bukan perokok) berbanding menghukum perokok,” tambahnya.

Sejak awal program pada 1 September, empat pekerja daripada 42 perokok telah meninggalk­an tabiat tersebut. Terdapat 120 orang yang bekerja di firma tersebut.

“Sekiranya mereka berjaya menunaikan janji mereka sepanjang tahun, mereka akan diberi enam hari tambahan cuti bergaji,” kata beliau.

Kebanyakan syarikat telah mengharamk­an amalan merokok di tempat kerja dan menyediaka­n bilik khas untuk merokok.

Menurut kementeria­n kesihatan, 20 peratus lelaki dan sembilan peratus wanita di Jepun merokok. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia