Utusan Borneo (Sabah)

Kegilaan dua bulan si pembunuh muda Jepun

-

TOKYO: Seorang pemuda Jepun yang ditangkap selepas polis menemui sembilan mayat yang dikerat dalam rumahnya telah mengaku membunuh kesemua mangsanya sepanjang tempoh dua bulan selepas menghubung­i mereka melalui Twitter, menurut laporan media semalam.

Pihak berkuasa menyoal siasat Takahiro Shiraishi, 27, yang dilaporkan mengakui melapah mayat dan membuangny­a ke dalam tong sampah, kemudian menaburkan pasir najis kucing pada mayat untuk menutup bukti.

Kes kejam itu mengejutka­n Jepun, yang menikmati kadar jenayah amat rendah, dan gambar rumah biasa di kawasan kejiranan sunyi memenuhi muka depan akhbar di negara ini.

‘ Bilik pembunuhan’, menurut tabloid Nikkan Sports.

‘Satu pembunuhan dalam seminggu’, tulis Sports Nippon.

Shiraishi memberitah­u polis dia menghubung­i mangsanya melalui Twitter dan membunuh mereka pada hari pertemuan yang dijanjikan, menurut media memetik sumber polis.

Dia berpindah ke flat di Zama, bandar barat daya Tokyo, pada 22 Ogos dan menghubung­i mangsa melalui Twitter bahawa dia akan membantu mereka membunuh diri, lapor akhbar Mainichi Shimbun.

Pihak polis dibawa Shiraishi ke tempat rahsia penyembuny­ian mayat ketika menyiasat kehilangan seorang wanita berusia 23 tahun.

Jiran tetangga menyatakan mereka menyedari bau busuk dari flat tersebut.

Suspek telah diserahkan kepada pendakwa raya yang mendakwany­a membuang mayat, menurut anggota polis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia