Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 300 pendatang dipintas

-

TRIPOLI: Pengawal pantai Libya telah menghalang 299 pendatang dari negara Afrika sub- Sahara di dalam dua bot getah di timur Tripoli Khamis lepas, menurut pihak berkuasa.

Pendatang tersebut dihalang berhampira­n dengan pekan Zliten oleh salah sebuah dari beberapa buah kapal pengawal pantai yang dibaiki oleh Itali serta dihantar ke Libya pada awal tahun ini.

Kawasan pantai barat Libya adalah merupakan kawasan pelepasan utama bagi pendatang yang cuba untuk pergi ke Eropah dengan menggunaka­n bot, ramai daripada mereka yang melarikan diri dari konflik atau kemiskinan.

Tindakan menyeberan­gi laut menurun mendadak sejak Julai, ketika kumpulan bersenjata di hab penyeludup­an Sabratha mula menghalang pelepasan.

Di bawah desakan dari Itali dan negara Eropah yang lain, pengawal pantai Libya juga menjadi semakin aktif, meronda dengan lebih meluas dan menghalang pendatang sebelum mereka boleh sampai kapal penyelamat antarabang­sa.

Sehingga 24 Oktober, lebih 18,800 pendatang ditahan pada tahun ini sahaja, menurut Internatio­nal Organisati­on for Migration (IOM).

Lebih 111,000 pendatang telah menyeberan­g laut ke Itali, majoritiny­a dari Libya.

Kumpulan itu yang ditahan kelmarin dibawa semula ke pelabuhan Tripoli dan dipindahka­n ke pusat tahanan di Tajoura, pinggir ibu negara.

Ini termasuk kira- kira 15 kanak- kanak dan 25 wanita, menurut pegawai. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia