Utusan Borneo (Sabah)

4,300 peserta meriahkan PSKPPS 2017

26 acara dipertandi­ngkan di daerah Beaufort, Papar, Sipitang dan Kuala Penyu

- Oleh SALMAN ABADI sepak takraw Bahagian Utara dijangka pasukan paling mencabar pada PSKPPS 2017.

KOTA KINABALU: Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah ( PSKPPS) 2017 peringkat negeri Sabah kini sedang berlangsun­g serentak di empat daerah di Bahagian Selatan iaitu daerah Beaufort, Papar, Sipitang dan Kuala Penyu.

Pesta enam hari yang bermula 30 Oktober hingga 4 November ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ( JPNS) melalui Unit Sukan Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n ( SPK) dan dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terlibat dan dihoskan oleh PPD Beaufort.

Penolong Pengarah Unit Sukan SPK JPN Sabah, Zainal Madi berkata, seramai 4,300 orang peserta dan petugas pertanding­an ‘berkampung’ di Bahagian Selatan untuk menjayakan dan memeriahka­n pesta sukan terbesar itu melibatkan penyertaan warga Jabatan Pendidikan sama ada yang bertugas di Ibu Pejabat JPN Sabah, 24 PPD seluruh Sabah atau di sekolahsek­olah.

Katanya, tujuh pasukan ( kontinjen) mengambil bahagian pada PSKPPS 2017 iaitu Bahagian Utara, Barat, Tenggara, Pedalaman, Sandakan dan Selatan selaku tuan rumah dan pengelola serta kontinjen Ibu Pejabat JPN Sabah.

Bahagian Utara menggabung­kan empat daerah (PPD) iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Kota Belud), Barat (Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran dan Penampang), Tenggara ( Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak), Pedalaman ( Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan), Sandakan ( Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Telupid/ Tongod), manakala Selatan ialah PPD Beaufort, Papar, Sipitang dan Kuala Penyu.

Sementara itu, pasukan Ibu Pejabat terdiri daripada warga pendidikan yang bertugas di Ibu Pejabat JPN Sabah dengan gabungan beberapa peserta dari PPD tertentu.

Zainal yang juga Ketua Unit Sukan JPN Sabah menjelaska­n, PSKPPS merupakan pesta terbesar yang dianjurkan setiap tahun dan pengelolan­ya dipilih secara penggilira­n di setiap Bahagian (gabungan empat daerah).

Katanya, pesta itu antara lain bertujuan mengeratka­n lagi jalinan silaturahi­m dan perpaduan selain memartabat­kan sukan dan kebudayaan dalam kalangan warga pendidik, sekali gus mempamerka­n ‘keunggulan’wargapendi­dik dalam bidang sukan dan kebudayaan.

“Pesta ini juga dapat memantapka­n kerjasama dan memupuk semangat permuafaka­tan khasnya dalam kalangan peserta serta seluruh warga JPN Sabah,” katanya kepada Sukan Utusan Borneo.

Dalam pada itu, pesta sukan tersebut juga selaras dengan dasar dan program ‘ Fit Malaysia’ dan Hari Sukan Negara ( HSN) yang diperkenal­kan oleh Kementeria­n Belia dan

PASUKAN

Sukan (KBS) Malaysia dalam konteks membudayak­an sukan serta menggalakk­an penglibata­n aktif seluruh masyarakat dalam aktiviti sukan untuk perpaduan, kesihatan dan kecergasan.

Zainal menambah, pesta PSKPPS itu juga merupakan medan pemilihan peserta atau pemain terbaik untuk mewakili Sabah ke Pesta Sukan peringkat kebangsaan ( PSKPP Malaysia) yang akan diadakan di Negeri Sembilan pada 16 hingga 21 Disember depan.

Bagaimanap­un, katanya, hanya 10 jenis sukan akan dipertandi­ngkan dalam PSKPPM di peringkat kebangsaan iaitu bola sepak (senior dan veteran), sepak takraw (senior dan veteran), bola jaring, bola tampar (wanita), ping pong, boling tenpin, petanque, golf dan acara kebudayaan.

“Sabah bercadang menghantar pasukan penuh ke pesta itu ( PSKPPM) bergantung kepada prestasi pemain atau pasukan,” katanya.

Katanya, acara sukan PSKPPS 2017 di peringkat negeri Sabah diperbanya­kkan sebagai usaha memeriahka­n lagi pesta tahunan itu, di samping membolehka­n lebih ramai warga JPN Sabah terlibat dan berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandi­ngkan.

Sementara itu, lapan acara sukan dikelolaka­n oleh PPD Beaufort iaitu bola sepak ( senior dan veteran), bola keranjang, hoki, catur, petanque, dart dan kebudayaan, selain mengelolak­an majlis perasmian dan penutupan PSKPPS 2017.

PPD Papar turut mengelolak­an lapan acara sukan iaitu bola baling (lelaki dan perempuan), bola jaring (senior dan veteran), ping pong, futsal, sepak takraw dan tenis yang diadakan di sekitar Papar, manakala boling tenpin diadakan di CPS Bowl, Kota Kinabalu.

Ketua Unit UPK PPD Papar, SaifulBahr­iMohamad berkata, acara futsal lelaki dan wanita telahpun selesai dipertandi­ngkan dan menyaksika­n penguasaan pasukan Pedalaman apabila kedua-dua pasukan lelaki dan wanita menjuarai kejohanan itu.

Empat acara sukan diadakan dan dikelolaka­n oleh PPD Sipitang iaitu bola tampar, jogaton, berbasikal (ketiga-tiganya lelaki dan perempuan) serta golf ( termasuk VVIP), manakala PPD Kuala Penyu mengelolak­an satu acara sukan iaitu badminton berpasukan campuran lelaki dan wanita.

Pertanding­an golf yang menggamit penyertaan 156 oranag peserta dari kalangan peminat golf warga pendidikan juga telahpun selesai berlangsun­g di Borneo Golf and Country Club (BGCC) di Bongawan Papar dan dikelolaka­n oleh PPD Sipitang.

Majlis perasmian pembukaan pesta itu akan diadakan jam 7 malam ini (1 November) di Dewan DSP Haji Mohd Dun Banir di Beaufort dan dijangka disempurna­kan oleh Ketua Sektor SPK JPN Sabah, Ir Datu Jamigul Haji Datu Salin.

Pengarah JPN Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul pula akan menyempurn­akan Majlis Perasmian Penutupan Pesta itu pada 4 November ( Sabtu), bermula 2.30 petang di Kompleks Sukan Beaufort.

Acara sukan penutup pesta itu ialah perlawanan akhir bola sepak veteran sebelum berlangsun­gnya majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah yang kemudianny­a diakhiri dengan penyerahan bendera PSKPPS kepada pengelola tahun depan ( 2018) iaitu Bahagian Tenggara (Tawau).

 ??  ??
 ??  ?? ZAINAL
ZAINAL
 ??  ?? SAIFUL
SAIFUL
 ??  ?? PASUKAN Hoki Tenggara bersama tiga pegawai Unit Sukan JPN Sabah iaitu Jauhan Awi (tiga kiri), Abd Rahman (tengah) dan Pg Johari (enam kanan).
PASUKAN Hoki Tenggara bersama tiga pegawai Unit Sukan JPN Sabah iaitu Jauhan Awi (tiga kiri), Abd Rahman (tengah) dan Pg Johari (enam kanan).
 ??  ?? PASUKAN Hoki Bahagian Sandakan bersama Haji Pg Johari Pg Ahmad (berdiri tengah) dari Unit Sukan JPN Sabah.
PASUKAN Hoki Bahagian Sandakan bersama Haji Pg Johari Pg Ahmad (berdiri tengah) dari Unit Sukan JPN Sabah.
 ??  ?? PASUKAN sepak takraw dikelolaka­n oleh PPD Papar. Perlawanan pasukan Barat dan Utara.
PASUKAN sepak takraw dikelolaka­n oleh PPD Papar. Perlawanan pasukan Barat dan Utara.
 ??  ?? PASUKAN Pedalaman dan Barat bertemu di final acara bola baling wanita.
PASUKAN Pedalaman dan Barat bertemu di final acara bola baling wanita.
 ??  ?? PASUKAN bola tampar wanita beraksi di Sipitang.
PASUKAN bola tampar wanita beraksi di Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia