Utusan Borneo (Sabah)

Ricky ke Macau

Fatin buru gelaran dunia

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Olahragawa­n hatrik Sabah, Ricky Leong Tze Wai akan membuka lembaran baharu kariernya tahun depan apabila memilih menjadi jurulatih skuad karate kebangsaan Macau.

Karatekas yang telah dinobatkan Olahragawa­n Sabah 2015/2016 untuk kali ketiga berturut-turut pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah Ke-28 di sini dua hari lalu itu memberitah­u bahawa beliau telah menerima beberapa tawaran menjadi jurulatih selepas bersara sebagai atlet pada 2015.

“Selain tawaran dari Macau, saya ada menerima beberapa lagi tawaran termasuk untuk skuad pelapis kebangsaan Malaysia tetapi saya telah buat keputusan memilih Macau.

“Saya telah terima tawaran sebagai jurulatih selama setahun dan akan memulakan tugas di sana (Macau) pada Januari 2018,” kata Ricky ketika ditemui pada majlis itu.

Ricky,31,yangmeneru­skan kariernya sebagai jurulatih karate Sabah di sini tahun lalu percaya `penghijrah­an’ beliau ke Macau akan mengembang­kan lagi aser kejurulati­hannya.

Macau juga bukan asing baginya kerana telah kenal ramai karatekas termasuk pegawai, jurulatih dan atlet negara itu semasa bergelar atlet.

Mengenai kemenangan­nya sebagai Olahragawa­n, Ricky berkata, ia adalah kejutan yang menggembir­akan.

“Calonlainp­unhebat-hebat dengan pencapaian sepanjang 2015- 2016 manakala saya hanya bergantung kepada pencapaian pada 2015 kerana tahun lalu saya telah beralih menjadi jurulatih.

“Sebab itu kemenangan ini satu kejutan tetapi menggembir­akan buat saya. Ini adalah hadiah terakhir terbaik saya sebagai atlet,” kata jurulatih berasal dari sini berkenaan.

Beliau mengingatk­an agar atlet menjadi setiap cabaran yang dihadapi sebagai motivasi untuk memburu kejayaan.

“Memang banyak cabaran untuk berjaya. Semasa sebagai atlet dulu, lawan sering pandang rendah pada saya tetapi saya jadikan itu sebagai cabaran yang perlu diatasi... ini adalah antara kunci kejayaan saya,” katanya.

Antara pencapaian besar beliau adalah memenangi pingat emas acara kata individu World Karate 1 Premier Leauge di Brazil dan pingat emas Kejohanan Karate Asean Keempat Laos pada 2015.

Beliau juga pemenang pingat perak Terbuka AlAhli Dubai Keempat dan Kejohanan Karate Asia di Jepun pada 2015. Ricky pernah menduduki ranking ke-10 dunia pada 2015.

Pencapaian Ricky itu mengatasi tujuh calon lain Anugerah Olahragawa­n iaitu atlet olahraga Rayzam Shah Wan Sofian, Mohamad Shah Ahmad (Muay Thai), Wong Co Wan, Lee Kin Lip (memanah), Adan Nicholas Lindbichle­r (lawan pedang), Loro Welkinson Peuji (angkat berat) dan Didin Taresoh (badminton sukan Para).

Sambil itu, Olahrgawat­i, Fatin Nur Fatehah juga gembira dengan kemenangan di luar jangkaanny­a itu kerana calon lain juga mempunyai pencapaian baik.

Ia juga kali kedua berturuttu­rut Fatin menang anugerah itu.

“Apapun saya gembira dan bersyukur dengan kemenangan ini. Ini adalah suntikan dorongan untuk

“Saya telah terima tawaran sebagai jurulatih selama setahun dan akan memulakan tugas di sana ” (Macau) pada Januari 2018.

RICKY LEONG TZE WAI Olahragawa­n Sabah 2015/2016

saya terus memburu lebih banyak kejayaan untuk negara,” kata pemanah yang kini di tahun dua jurusan Master Sport Science di USM Kelantan.

Seperti atlet lain, saya juga impikan bertanding dan menang di Sukan Olimpik pada masa akan datang.

Fatin, 26, yang sebelum ini mengecapi kejayaan menerusi acara compound berkata, beralih ke acara recurve juga kini antara kemungkina­n yang akan dilakukan kerana acara kegemarann­ya (compound) tidak dipertandi­ngkan di Sukan Komanwel 2018 Australia dan masih samar di Sukan Asia 2018 Indonesia.

“Apapun saya akan terus berusaha untuk memburu gelaran dunia. kalau tidak sebagai atlet pun saya akan teruskan usaha dengan menubuhkan akademi yang boleh melahirkan jaguh dunia,” katanya.

Antara pencapaian Fatin adalah memenangi tiga pingat emas dan satu gangsa Terbuka Antarabang­sa UUM 2015 Kedah, pingat emas berpasukan Peringkat Pertama Piala Dunia 2015 China, tiga emas Sukan SEA 2015 Singapura, tiga emas Sukan Universiti Asean 2016 Singapura dan pingat emas Peringkat Kedua Piala Asia 2016 Chinese Taipei.

Dalam Anugerah Sukan Negeri Sabah Fatin mengetepik­an beberapa calon hebat lain iaitu Juliana Mohd Din (hoki), Audrey Jaypus ( karate), Zaryati Zakaria (Muay Thai), Fatin Faqihah Mohd Yusof ( olahraga), Nurul Ain Sohrab ( silat) dan atlet sukan Para, Felicia Mikat.

 ??  ?? RICKY menerima Anugerah Olahragawa­n Sabah 2015/2016 daripada Yang dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin baru-baru ini. Turut kelihatan Datuk Seri Panglima Radin Malleh (kiri) dan Tan Sri Musa Aman (kanan).
RICKY menerima Anugerah Olahragawa­n Sabah 2015/2016 daripada Yang dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin baru-baru ini. Turut kelihatan Datuk Seri Panglima Radin Malleh (kiri) dan Tan Sri Musa Aman (kanan).
 ??  ?? FATIN menerima Anugerah Olahragawa­ti Sabah 2015/2016 daripada Yang dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin baru-baru ini. Turut kelihatan Tan Sri Musa Aman (dua kanan) dan Datuk Masiung Banah (kanan).
FATIN menerima Anugerah Olahragawa­ti Sabah 2015/2016 daripada Yang dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin baru-baru ini. Turut kelihatan Tan Sri Musa Aman (dua kanan) dan Datuk Masiung Banah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia