Utusan Borneo (Sabah)

Cekik Allen, Deeney akan digantung tiga perlawanan

-

LONDON, England: Penyerang Watford, Troy Deeney, akan digantung tiga perlawanan kerana salah laku ganas semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Stoke City Sabtu lepas, menurut Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris Selasa lepas.

Pemain berusia 29 tahun itu – di mana kelabnya dan juga kelab Stoke turut didenda oleh FA kerana gagal mengawal pemain – mengakui kepada pertuduhan selepas mencekik mulut pemain Stoke, Joe Allen.

Allen berang dengan Deeney kerana sikap tidak bersemanga­t kesukanan apabila Deeney cuba melakukan hantaran ke kotak penalti Stoke berbanding memberikan bola kepada Stoke selepas pemain Stoke mengeluark­an bola kerana rakan mereka cedera.

Kedua-dua pemain dilayangka­n kad kuning tetapi Deeney – kapten Watford – akhirnya didakwa oleh FA menerusi bukti video.

Dengan keputusan itu, Deeney tidak akan dapat bermain perlawanan Liga Perdana di Everton pada 5 November, menanti kunjungan West Ham United pada 19 November dan kunjungan ke Newcastle United pad 25 November.

Watford dan Stoke – yang menang 1-0 – boleh berdepan denda jika didapati bersalah selepas FA membuat keputusan mendakwa mereka.

“Watford dan Stoke (telah) didakwa kerana gagal mengawal pemain mereka semasa perlawanan pada 28/10/17,” menurut satu kenyataan dari FA Selasa lepas.

Kedua-dua kelab mempunyai sehingga 6 petang waktu tempatan Jumaat ini untuk menjawab pertuduhan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia