Utusan Borneo (Sabah)

Sandakan juara tenis Sukan ISP 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTAKINABA­LU:Pasukan Sandakan memenangi Pertanding­an Tenis, Sukan Tahunan Gabungan Pakar Perladanga­n (ISP) 2017 yang berakhir di Tawau pada Ahad.

Menerusi aksi tiga penjuru, ISP Sandakan diketuai oleh Johson Koh, yang juga presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA), selaku pengurus dibantu oleh kapten Christophe­r Lim berjaya menewaskan ISP Tawau dan ISP Lahad Datu.

Selain tenis, tamasya itu juga melibatkan lapan jenis sukan yang lain dengan matlamat untuk membina persahabat­an dan jalinan kerjasama serta membuka peluang pada para peserta untuk berkongsi pengalaman dan bertukartu­kar pendapat.

“Pagi pihak STA, saya berterima kasih kepada ISP kerana terus mengekalka­n sukan tenis sebagai salah satu disiplin sukan dalam acara tahunan yang amat bermakna ini.

“Peluang ini sudah tentu membantu dalam mempromosi­kan lagi sukan tenis kerana STA percaya umpama pepatah `bapa borek anak rintik’, bermula dengan penyertaan ibu bapa, anakanak mereka juga menuruti sukan yang diminati oleh orang tua mereka.

“Ini sudah tentu membantu, selain usaha STA mengembang­kan sukan ini dari peringkat sekolah,” jelas beliau ditemui di ibu negeri pada Rabu sambil menambah, pasukan tenis ISP Sandakan yang beraksi di Tawau turut dianggotai oleh pemain sensasi termasuk Sami Lim, Shim Vui Vin dan Joseph Wong.

Temasya itu dianjur secara bergilir-gilir antara ketigatiga daerah setiap tahun.

 ??  ?? JOHNSON (sepuluh kiri) bersama pengerusi ISP Tawau Anthony Tsen dan pengerusi ISP Sandakan Allan Khoo merakamkan kenangan beramai-ramai sebelum pertembung­an terakhir perlawanan tenis, Sukan Tahunan ISP 2017 di Tawau pada Ahad.
JOHNSON (sepuluh kiri) bersama pengerusi ISP Tawau Anthony Tsen dan pengerusi ISP Sandakan Allan Khoo merakamkan kenangan beramai-ramai sebelum pertembung­an terakhir perlawanan tenis, Sukan Tahunan ISP 2017 di Tawau pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia