Utusan Borneo (Sabah)

Atletico diambang penyingkir­an awal , seri 1-1 menentang Qarabag

-

MADRID, Sepanyol: Atletico Madrid diambang penyingkir­an awal dari kejohanan Liga Juara-Juara selepas diikat 1-1 di tempat sendiri oleh kelab pendatang baharu kejohanan dari Azerbaijan, Qarabag, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain Selasa lepas.

Finalis kejohanan pada 2014 dan 2016 itu perlu menewaskan Roma dan Chelsea pada baki dua perlawanan Kumpulan C dan mengharapk­an keputusan lain memihak kepada mereka selepas hanya mengutip tiga mata dari empat perlawanan pertama.

“Kami harus menewaskan Roma dan kemudian takdir akan menentukan sekiranya kami layak meneruskan kemaraan atau tersingkir dari kejohanan,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

Sekali lagi, anak buah Simeone menerima padah kerana ketumpulan jentera serangan selepas Michel meletakkan Qarabag di hadapan lima minit sebelum rehat.

Rembatan cantik Thomas Partey dari luar kotak penalti membole- hkan Atletico mengikat kedudukan,

11 minit selepas rehat dan Qarabag terpaksa bertahan selama 30 minit terakhir selepas pemainnya, Pedro Henrique menerima kad merah dan diperintah meninggalk­an padang.

Tetapi Diego Godin, Filipe Luis dan Nicolas Gaitan gagal menyempurn­akan peluang untuk memastikan kemenangan.

“Sasaran kami ialah untuk tidak bolos gol dan menyempurn­akan peluang yang ada tetapi sebaliknya berlaku,” kata kapten Atletico, Gabi.

Atletico kini hanya menang sekali dari lapan perlawanan terakhir pada musim pertama mereka di Stadium Wanda Metropolit­ano.

Masa- lah utama Atleti- co sejak be- berapa bulan ialah menjaring- kan gol dan ketumpulan jentera serangan boleh digambarka­n dengan jelas di mana mereka memiliki paling banyak peluang di pintu gol lawan berbanding mana-mana pasukan dalam pertanding­an ini musim ini (32 cubaan).

“Kami mempunyai masalah menjaringk­an gol dan kamiharust­erus menegaskan untuk me- nanganinya,” tambah Simeone. Atletico bermula dengan baik apabila rembatan Antoine Griezmann ditepis penjaga gol Qarabag, Antoine Griezmann. Bagaimanap­un,walaupun perbezaan jelas perbelanja­an di antara kedua-dua kelab, Qarabag kelihatan bermain dengan lebih memberang- sangkan dengan penyokong tuan rumah mula mengkritik pasukan mereka sendiri.

“Kita semua tahu kualiti yang dimiliki Atletico dan saya mahu berterima kasih kepada pemain saya,” kata jurulatih Qarabag, Gurban Gurbanov.

“Ia adalah kali pertama kami bertanding pada satu pertanding­an di peringkat ini dan kami memerlukan pengalaman perlawanan seperti ini.”

Simeone naik berang apabila Jakub Rzezniczak dilayangka­n kad kuning kerana menjatuhka­n Gameiro di hujung kotak penalti, 10 minit sebelum rehat.

Dan beliau menjadi lebih bimbang lima minit kemudian apabila Michel menyempurn­akan tendangan sudut Donald Guerrier untuk meletakkan Qarabag di hadapan.

Dari 10 gol yang dibolosi Atletico musim ini, tujuh daripadany­a adalah dari tandukan.

Atletico bermula separuh masa kedua dengan lebih yakin dengan Gameiro mempunyai peluang awal selepas Sehic menepis satu cubaan Angel Correa.

Tidak lama selepas itu, Atletico hampir ketinggala­n 0-2 tetapi Stefan Savic sempat mengeluark­an bola sebelum melepasi garisan pintu gol.

Kegagalan itu menjadi pemangkin keyakinan Atletico, yang mengikat kedudukan pada minit ke-56 apabila Partey menyempurn­akan umpanan Griezmann.

Qarabag bermain dengan 10 pemain apabila Henrique dilayangka­n kad merah serta-merta selepas melakukan terjahan keras ke atas Godin.

Walaupun dengan kelebihan seorang pemain, Atletico tetap gagal mencari gol kemenangan dengan Sehic beraksi tangkas untuk mengekalka­n kedudukan sehingga ke wisel penamat. — AFP

 ??  ?? SIMEONE
SIMEONE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia