Utusan Borneo (Sabah)

Salma lancar muzik video lagu ‘Akhirnya, Cinta’

Pemenang Mentor Musim ke-5 kembali ke dunia ‘mainstream’

-

NAMA Salma A.Asis bukanlah satu nama yang baru dalam industri seni tanah air. Dia mula bertapak bila memenangi gelaran juara bagi program realiti Mentor di bawah bimbingan Erra Fazira pada tahun

2011. Dia juga turut merakamkan beberapa buah lagu selepas bergelar Juara Mentor musim ke-5 itu.

Namun Salma dikatakan hilang dari pandangan mata media dan peminat beberapa tahun selepasnya. Pada tahun 2016, dia melakukan satu percaturan untuk kembali ke dunia ‘mainstream’ apabila nekad menyertai satu lagi pertanding­an nyanyian realiti iaitu 3 Juara di bawah bimbingan Ajai untuk kategori Balada.

Walaupun ada suarasuara yang mengkritik pembabitan­nya dalam pertanding­an tersebut, Salma tidak sedikit patah hati atau tercalar dengan kritikan tersebut.

Dia melangkah gagah saban minggu di pentas 3 Juara dan akhirnya mengunggul­i pentas akhir dan juga pentas EPIK. Menggondol gelaran Juara bagi kategori Balada dan juga juara keseluruha­n pertanding­an tersebut.

Setelah itu, Salma terus bercita-cita untuk kembali mencipta nama dan menandatan­gi kontrak di bawah syarikat rakaman Wake The Baby Records Sdn Bhd.

Single pertama Salma, ‘Akhirnya, Cinta’ hasil ciptaan Ajai dan lirik nukilan Slen Fadzil terluncur pada pertengaha­n bulan awal April 2017.

Terus mendapat tempat sebagai lagu tema OST ‘Ku Kirim Cinta’ lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli. Populariti sebagai lagu tema terus membantu lagu tersebut meniti di bibir peminat dan ‘comeback’ yang diimpikan Salma membuahkan hasil. Lagu ini juga mendapat kerjasama di bawah edaran Warner Music (M) Sdn Bhd.

Selepas itu, Salma ligat mempromosi­kan lagu ‘Akhirnya, Cinta’. Tampil di persembaha­npersembah­an utama seperti DFKL, ABPH dan Hari Malaysia membuatkan Salma lebih fokus untuk mengukuhka­n jenama dirinya.

Hari ini lahirlah sebuah lagi naskah yang ditunggu- tunggu oleh peminat Salma. Kini mereka boleh ‘berkaraoke’ di semua cawangan karaoke Neway seluruh negara. Penggambar­an klip video ini berlaku selama sehari di sekitar Kuala Lumpur.

Klip video yang memaparkan Salma solo memberikan ekspressi sepenuh jiwa. Beremosi dengan bait-bait lirik yang dilontarka­n. Santai dalam beberapa busana kasual, Salma berjaya memberikan yang terbaik untuk klip video ini. Klip video ini juga boleh anda layari di laman Youtube.

Untuk perancanga­n seterusnya selepas beraksi di semi final Muzik Muzik, Salma akan memulakan pra-produksi untuk single keduanya yang juga merupakan ciptaan penuh Ajai bakal menemui peminat Disember ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SALMA (kanan) dan Ajai.
SALMA (kanan) dan Ajai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia