Utusan Borneo (Sabah)

SUAMI ISTERI MAUT

Empat cedera kemalangan tiga kenderaan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Sepasang suami isteri disahkan meninggal dunia manakala anak perempuan mereka parah selepas terbabit dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Bulatan Jalan UtamaKiman­isberhampi­ran Kampung Lanas di sini, pada petang Rabu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Danny Chin Fon Moe, 54; dan isterinya Chon Chin Ogi, 55 dari Brunei Darussalam disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata kemalangan jam 2 petang itu membabitka­n dua lori tiga tan jenis Hicom dan Nissan yang membawa muatan barangan kedai runcit serta kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki mangsa.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu lori Nissan yang gagal mengawal kenderaann­ya sehingga melanggar sebuah lagi lori tiga tan jenis Hicom dan kereta Toyota Vios dari arah belakang.

“Impak kemalangan menyebabka­n tiga individu di dalam kereta Toyota Vios iaitu suami isteri maut serta merta di lokasi kejadian dan anak perempuan mereka berumur 17 tahun dalam keadaan kritikal.

“Pemandu dan kelindan kedua-dua buah lori hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Katanya kesemua mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk tindakan selanjutny­a.

Tambahnya proses bedah siasat terhadap mangsa yang maut akan dilaksanak­an sebaik ahli keluarga dari Brunei tiba di Sabah.

Ladamah berkata hasil siasatan mendapati pemandu lori Nissan yang juga suspek dalam kes ini didapati positif dadah jenis syabu.

“Kita sudah menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Janil Jaya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.05 petang berhubung kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kita mengeluark­an mangsa yang tersepit di kereta Toyota Vios menggunaka­n peralatan khas.

“Anggota bomba juga membantu menaikkan kereta mangsa yang terbabas ke dalam parit di tepi jalan dinaikkan ke darat,” katanya.

Menurutnya operasi mengeluark­an mangsa dari kenderaan dijayakan enam anggota BBP Papar.

“Operasi keseluruha­n tamat jam 2.51 petang Rabu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa selepas dikeluarka­n dari kereta untuk dihantar ke Hospital Papar.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa selepas dikeluarka­n dari kereta untuk dihantar ke Hospital Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia