Utusan Borneo (Sabah)

Sepahtu Reunion Live kembali, mulai esok di Astro Warna

-

PROGRAM lawak Sepahtu Reunion Live kini kembali di musim kedua!

Mula menemui peminat lawak tempatan pada penghujung tahun lalu, sambutan yang diterima oleh rancangan ini sangat hebat, menjadikan rancangan yang dikendalik­an oleh Shuib, Rahim, Jep dan Ilya (Pak Ya) ini merupakan antara rancangan komedi terbaik di Astro Warna, saluran komedi nombor satu negara.

Sepahtu Reunion

Live merupakan sebuah rancangan berkonsepk­an sitkom komedi pertama di Malaysia yang disiarkan secara langsung.

Setiap minggu, keempatemp­at tonggak utama rancangan ini akan menerima tetamu undangan yang bukan calang-calang untuk menyokong dan memeriahka­n persembaha­n sitkom komedi mereka.

Menarik lagi, segala pergerakka­n dan dialog yang dilontarka­n dalam rancangan ini dilakukan secara spontan berdasarka­n pada topik pada minggu tersebut.

Untuk minggu pertama pada musim ini, persembaha­n sitkom komedi Sepahtu Reunion Live berkisar mengenai topik ‘Pahlawan’.

Jika musim terdahulu, antara nama-nama besar yang memeriahka­n pentas Sepahtu Reunion termasukla­h Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Vida, Erra Fazira, Maya Karin, Izara Aishah, Maria Farida dan ramai lagi.

Siapa pula tetamu undangan yang akan menghangat­kan pentas Sepahtu Reunion Live pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan dalam Sepahtu Reunion Live, setiap Jumaat mulai esok 3 November 2017, jam 10.00 malam di Astro Warna.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia