Utusan Borneo (Sabah)

Tamu bulanan gamit pengunjung

Beroperasi berhampira­n Sg. Liwagu, setengah kilometer dari Pekan Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

Pelbagai barangan keperluan harian dijual di tamu bulanan ini temasuk pakaian, alat dapur, sigup (tembakau), parang, benih buah-buahan serta alat muzik tradisiona­l seperti gong, sompoton, bungkau dan suling.”

TAMU bulanan pada hari pertama setiap bulan di Ranau merupakan tamu terbesar di daerah itu berbanding Tamu Fama setiap Rabu atau tamu-tamu biasa setiap hujung minggu.

Tamu bulanan ini beroperasi berhampira­n Sungai Liwagu yang terletak kira-kira setengah kilometer dari Pekan Ranau.

Pelbagai barangan keperluan harian dijual di tamu bulanan ini temasuk pakaian, alat dapur, sigup (tembakau), parang, benih buah-buahan serta alat muzik tradisiona­l seperti gong, sompoton, bungkau dan suling.

Selain itu, ikan kering, bilis, ikan laut, ikan kolam air tawar, kuih-muih, sayuran segar tanah tinggi, anak pokok getah jenis Belanda Balak dan banyak lagi dijual pada harga yang berpatutan.

Tinjauan ke tapak tamu bulanan itu pada Rabu menyaksika­n ramai penjaja dari beberapa daerah di Sabah datang berniaga di situ.

Suasana tamu dimeriahka­n lagi dengan kahadiran ratusan pengunjung (pelanggan) dari pelbagai suku kaum dan agama termasuk para pelancong dari dalam dan luar negeri.

Beberapa penjaja yang sempat ditemui berkata tamu bulanan itu adalah lokasi mereka mencari rezeki bagi menjana pendapatan keluarga.

“Saya menjual anak pokok getah jenis Belanda Balak ini di hampir setiap tamu di daerah-daerah di Sabah,” kata Jeffren Tingga, 50, dari Kg Kuran, Tenom.

Beliau menjual anak pokok getahnya di Tambunan, Ranau, Telupid, Papar, Tamparuli, Kudat, Matunggong, Pitas dan di beberapa tempat lain, pada harga RM120 seikat yang boleh ditoreh dalam tempoh 7-8 tahun selepas ditanam dan dijaga dengan baik.

Seorang penjaja pelbagai jenis parang, Sahili Soidin, 35, dari Kg Kumawanan Tambunan juga datang sentiasa datang berniaga di tamu bulanan Ranau serta tamu di daerah lain.

Beliau berkata parangnya dijual dari RM18 hingga RM35 bergantung kepada jenama dan bentuk parang yang ada.

 ??  ??
 ??  ?? JEFFREN menjual anak pokok getah jenis Belanda Balak pada harga RM120 seikat.
JEFFREN menjual anak pokok getah jenis Belanda Balak pada harga RM120 seikat.
 ??  ?? ANTARA warga Kg Kumawanan, Tambunan yang menjual parang di tamu itu.
ANTARA warga Kg Kumawanan, Tambunan yang menjual parang di tamu itu.
 ??  ?? ANAK pokok buahbuahan turut dijual di tamu itu.
ANAK pokok buahbuahan turut dijual di tamu itu.
 ??  ?? SUASANA Tamu Bulanan Ranau.
SUASANA Tamu Bulanan Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia