Utusan Borneo (Sabah)

Kg Togis Ranau punya keistimewa­an tersendiri

-

SEPERTI di kampung lain, Kg Togis yang terletak kira-kira 23 kilometer dari pekan Ranau, juga punyai keistimewa­annya tersendiri, yang mungkin belum diketahui umum.

Poropok Laut Tamparuli terkenal dengan produk kraftangan tempatanny­a, Pekan Nabalu dengan produk nanasnya, Kundasang dengan sayuran segar tanah tinggi dan Ranau lokasi pelanconga­nnya. Namun, Kg Togis pula dengan pelbagai jenis pisang seperti pisang emas, pisang berangan, pisang rebus, pisang hijau, pisang raja dan banyak lagi. Ia diusahakan sendiri oleh penduduk kampung berkenaan yang kini mencecah

300 orang, yang kebanyakan­nya mengusahak­an tanah pertanian, termasuk kebun pisang, ladang sawit dan ladang getah manakala yang lainnya kakitangan perkhidmat­an awam serta peniaga.

Tinjauan ke Kg Togis pada Selasa mendapati ramai pekebun pisang menjual buah pisang mereka di gerai-gerai tepi jalan selain menjadikan pekan Ranau, Kota Marudu, Telupid, Tamparuli dan Kota Kinabalu sebagai lokasi pemasaran utama.

Salah seorang pengusaha kebun pisang, Maineh Batinggo, 34, ketika ditemui memberitah­u dengan sokongan suaminya beliau mengusahak­an seluas 5 ekar tanah dengan tanaman pisang berbagai jenis bagi menjana pendapatan keluarga.

Tinjauan ke gerai-gerai jualan buah pisang di tepi jalan juga mendapati kebanyakan gerai tiada penjaganya, sebaliknya hanya meletakkan tin atau tabung untuk membolehka­n para pelanggan memasukkan wang mengikut harga buah pisang yang dijual di geraigerai berkenaan.

Melihat keadaan itu, pasti menguji kejujuran dan keikhlasan para pembeli sama ada mahu membayar harga pisang yang diambil atau sebaliknya.

“Kami menjual buah pisang di sini tanpa perlu menjaganya, hanya bergantung pada kejujuran pelanggan yang mahu membeli buah pisang ini,” kata Maineh.

Kg Togis kini sudah mempunyai kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan letrik dan air bersih dan boleh dikunjungi dengan berkendera­an melalui jalan berturap dari Ranau ke Stesen Serinsim, Kota Marudu dan seterusnya ke Kudat. - Oleh JAINUDIN NASIR

 ??  ??
 ??  ?? MAINEH (dua kanan) bersama sebahagian penduduk Kg Togis.
MAINEH (dua kanan) bersama sebahagian penduduk Kg Togis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia