Utusan Borneo (Sabah)

Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 dibentuk

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah ( UMS) mengadakan pembentuka­n Kabinet yang baharu bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS selepas Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ( PMPP) bagi sesi 2017/ 2018 pada Sabtu.

PMPP dimenangi Pro Aspirasi yang mendapat 7 kerusi umum Kampus UMS Kota Kinabalu, 1 kerusi umum Kampus Lestari Sandakan dan dua kerusi umum UMS Kampus Antarabang­sa Labuan. Manakala Pro Aspirasi juga memenangi 21 daripada 22 kerusi fakulti.

Pembentuka­n Kabinet MPP untuk Majlis Tertinggi memilih Jusman Nali sebagai presiden MPP pada sesi ini, manakala Muhammad Johari Muhammad Dave sebagai timbalan presiden.

Suhailah Sudirman sebagai setiausaha agung, Ang Kai Woon bendahari, Daryl Jude Donis naib presiden Khidmat Mahasiswa, Muhammad Ridzuan Muhammad naib presiden Projek, Protokol dan Keusahawan­an, Mohd Afiq Kandi naib presiden Etika dan Pembanguna­n Mahasiswa, Mohd Fadzil Mohd Arfah naib presiden KAL, Muhd Syafie Asyraf Sarifudin naib presiden FPL dan Nurfarahin Atiqah Jais sebagai setiausaha kehormat (KAL) manakala 22 ahli dilantik sebagai Exco.

Menurut Naib Canselor UMS Prof Dr D.Kamarudin D Mudin, semangat untuk memimpin, mentadbir dan mengurus amat perlu agar kerja kesukarela­wan benarbenar berkesan kepada kepimpinan.

“Ia kerana, tidak semua pelajar mempunyai ciri–ciri, sifat– sifat dan semangat sepertmana yang anda miliki. Saya amat bersyukur sebab anda sedar akan kelebihan yang dimiliki lalu menggunaka­nnya dengan cara yang betul, iaitu terlibat dalam kepimpinan mahasiswa di UMS,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof Dr Ismail Ali mengucapka­n tahniah atas pelantikan dalam pembentuka­n Kabinet MPP yang baharu bagi sesi 2017/2018.

Beliau berharap barisan Kabinet yang baharu itu dapat meneruskan perjuangan dalam membantu dan menjalanka­n amanah yang telah diberikan dengan cemerlang seiring halatuju serta matlamat UMS.

 ??  ?? KABINET PMPP UMS SESI 2017-2018 bergambar ramai.
KABINET PMPP UMS SESI 2017-2018 bergambar ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia