Utusan Borneo (Sabah)

40 sertai Smart Leader 2017

-

KOTA KINABALU: Seramai 40 mahasiswa/ i Universiti Malaysia Sabah ( UMS) menyertai dan melaksanak­an program Smart Leader selama pada Sabtu, bermula dari jam 7 pagi sehingga 5 petang.

Program Smart Leader bertujuan ntuk melahirkan mahasiswa/ i yang bersifat kesukarela­wan sekaligus mampu mewujudkan bakal pemimpin yang mampu mengendali­kan organisasi secara cekap dan profesiona­l.

Selain itu, program juga mampu mengasah bakat dan kemahiran komunikasi mahasiswa mahasiswi.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ice breaking, game charades, slot kepimpinan, mencari harta karun, refleksi diri dan banyak lagi.

Sebelum aktiviti dimulakan, setiap peserta dibahagika­n kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang akan menerima arahan setiap kali aktiviti bermula dan bertanggun­gjawab untuk mengatur strategi dalam setiap aktiviti yang dijalankan serta dibantu oleh ahli dalam kumpulan.

Aktiviti yang menarik dilakukan dalam program itu sebelum refleksi ialah ‘si bisu dan si buta’ yang mana, ketua sebagai si bisu manakala ahli kumpulan sebagai si buta yang ditutup mata mereka mengunakan kain.

Dalam aktiviti itu, hanya ketua sahaja yang tidak ditutup mata manakala ahli kumpulan akan ditutup mata mereka.

Ketua akan memjadi penunjuk arah kepada si buta untuk sampai ke tempat yang ditetapkan dengan mengunakan kain yang telah disediakan.

Pelbagai halangan dan rintangan yang perlu dihadapi oleh setiap kumpulan untuk mereka sampai ke tempat yang ditetapkan, namun dengan usaha gigih yang mereka lakukan, setiap kumpulan telah berjaya sampai ke tempat itu dengan mematuhi setiap arahan yang telah diberikan.

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ismail Ali berkata, program sedemikian dapat mendidik diri untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggun­gjawab bukan sahaja kepada diri mereka sendiri malahan kepada negara.

Selain itu katanya, program Smart Leader juga telah memberi pengalaman kepada para mahasiswa/ i untuk menjadi bakal pemimpin yang bijak dalam membuat keputusan di samping dapat mengasah bakat dan kemahiran komunikasi dalam sesebuah organisasi.

“Oleh demikian, program seperti ini seharusnya dapat dilaksanak­an lagi untuk masa akan datang sebagai program yang mampu mendidik mahasiswa/i dalam berorganis­asi,” katanya.

Katanya ia dapat memberikan peluang kepada mahasiswa/ i lain untuk menuntut pengalaman yang sama.

 ??  ?? ANTARA yang hadir program Smart Leader.
ANTARA yang hadir program Smart Leader.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N cenderamat­a kepada penceramah.
PENYAMPAIA­N cenderamat­a kepada penceramah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia