Utusan Borneo (Sabah)

Fokus dan percaya diri

Kunci kejayaan Ikon Alumni UMS

-

Sekarang ini saya mempunyai kira-kira 500 ekor arnab daripada lapan spesies iaitu New Zealand White, Standard Rex, Mini Satin, Lion Head, Netherland Dwarf, Lop Ear, Anggora dan Local Breed.

JUBAIR JUHININ

Pengusaha Arnab Village

FOKUS dan tetap percaya pada matlamat yang ingin dituju perlu ada dalam diri untuk terus maju ke hadapan.

Jangan sesekali mudah berputus asa dan hilang tumpuan walaupun ada masyarakat di sekeliling yang kurang menaruh keyakinan.

Demikianla­h kunci utama graduan berkelulus­an Sains Akuakultur di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Jubair Juhinin, ketika memulakan pusat pelanconga­n Arnab Village yang menjadikan Kampung Purakagis, Ranau, antara destinasi popular bagi pengunjung yang datang ke Kundasang, Ranau.

Pada awalnya, usaha untuk memajukan pusat pelanconga­n perkampung­an arnab dipandang sinis oleh sesetengah pihak sehingga pada suatu ketika, beliau hampir berundur, namun dengan semangat yang ada serta kemahuan untuk mencuba sesuatu yang lain dari kebiasaan akhirnya membuahkan hasil dan kini tersenyum lebar dengan meraih pulangan sehingga RM300,000 setahun.

Terletak 104 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu, ternyata anak sulung dari tiga beradik itu telah berjaya menambah satu lagi produk pelanconga­n di Ranau yang sebelum ini masyhur dengan destinasi pelanconga­n seperti Taman Kinabalu, Ladang Teh Sabah, Kolam Air Panas Poring dan Tagal Ikan di Kampung Luanti.

Walaupun hanya bermodalka­n kurang daripada RM5,000 dengan fasiliti dan landskap persekitar­an pada tahap yang minimum, beliau tetap optimis produk pelanconga­n yang dibangunka­n di atas tanah 0.2 hektar itu mampu memberi pulangan.

“Kini kawasan Arnab Village dinaik taraf dari segi kemudahan awam seperti tandas, selain kami juga menambah keluasan taman, kandang arnab dan menyediaka­n kedai cenderahat­i,” katanya sambil memaklumka­n harga tiket masuk bagi pengunjung tempatan ialah RM3 (kanakkanak) dan RM5 (dewasa) manakala bagi pengunjung antarabang­sa pula RM5 (kanak-kanak) dan RM10 bagi dewasa.

Atas kejayaan yang dikecapi itu, Jubair merupakan salah seorang dari antara puluhan ribu alumni UMS yang terpilih dan diiktiraf sebagai Ikon Alumni UMS.

Beliau ketika dikunjungi rombongan Pusat Alumni UMS nyata teruja dan tidak menyangka atas pengiktira­fan yang diberikan institusi pengajian tempatnya meraih segulung ijazah pada lima tahun yang lalu.

Beliau yang mempunyai perwatakan ceria dan sangat peramah turut menceritak­an perancanga­nnya dalam tempoh terdekat dalam usaha menambahka­n lagi produk pelanconga­n miliknya.

“Sekarang ini saya mempunyai kira-kira 500 ekor arnab daripada lapan spesies iaitu New Zealand White, Standard Rex, Mini Satin, Lion Head, Netherland Dwarf, Lop Ear, Anggora dan Local Breed.

“Saya juga sedang dalam proses akhir penyiapan restoran dan kedai menjual aksesori haiwan peliharaan untuk tambahan kepada keperluan para pengunjung, di samping pembinaan lotlot kedai untuk disewakan kepada peniaga di sekitar kampung yang ingin menjual barangan kraf, makanan atau produk berkaitan bagi membantu mereka menjana pendapatan,” katanya yang menyasarka­n pendapatan sebanyak RM500,000 pada tahun ini.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Alumni Darwis Awang menyifatka­n pencapaian Jubair antara pencapaian yang membanggak­an dalam kalangan alumni UMS.

“Dalam tempoh yang singkat iaitu kurang dari lima tahun selepas bergraduat pada 2013, beliau mampu membina empayar perniagaan berorienta­sikan pelanconga­n yang menjadi tumpuan ramai sekali gus berjaya meraih pendapatan yang luar biasa.

“Kita melihat ada kekuatan dalam diri beliau yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada para alumni lain untuk menempuhi realiti kehidupan pada masa kini yang penuh dengan liku-liku cabaran yang sangat menguji kekentalan jiwa dan minda,” ujarnya.

Menurut Darwis, selain Jubair, UMS melalui Pusat Alumni turut memberi pengiktira­fan kepada beberapa alumni lain sebagai ikon atas pencapaian cemerlang dalam bidang yang diceburi.

“Selain pencapaian mereka yang sedia ada, kita mahu mengembang­kan potensi mereka untuk menjadi mentor bukan sahaja kepada alumni yang lain tetapi kepada komuniti yang ingin belajar dan mendengar sendiri pengalaman mereka sehingga menjadi individu yang berjaya,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaa­n kepada Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ismail Ali atas sokongan padu yang sentiasa diberikan kepada sebarang aktiviti anjuran pusat berkenaan.

Untuk rekod, UMS kini mempunyai lebih 57,000 alumni di Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia termasuk alumni dari luar negara.

 ??  ?? JUBAIR (tengah) mengambil gambar kenangan bersama Darwis (dua dari kanan) serta rombongan dari Pusat Alumni UMS.
JUBAIR (tengah) mengambil gambar kenangan bersama Darwis (dua dari kanan) serta rombongan dari Pusat Alumni UMS.
 ??  ?? JINAK dan sangat senang didekati. Begitulah yang boleh digambarka­n terhadap arnab yang ada di sini, yang tidak takut didekati oleh pengunjung termasuk kanak-kanak.
JINAK dan sangat senang didekati. Begitulah yang boleh digambarka­n terhadap arnab yang ada di sini, yang tidak takut didekati oleh pengunjung termasuk kanak-kanak.
 ??  ?? JUBAIR (kanan) berkongsi pengalaman dan cabaran ketika memulakan Arnab Village sehingga berjaya menjadikan­nya sebagai satu destinasi pelanconga­n popular di Ranau.
JUBAIR (kanan) berkongsi pengalaman dan cabaran ketika memulakan Arnab Village sehingga berjaya menjadikan­nya sebagai satu destinasi pelanconga­n popular di Ranau.
 ??  ?? PARA pelawat begitu teruja ketika berada di Arnab Village.
PARA pelawat begitu teruja ketika berada di Arnab Village.
 ??  ?? PEMANDANGA­N Arnab Village pada waktu malam.
PEMANDANGA­N Arnab Village pada waktu malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia