Utusan Borneo (Sabah)

Tiada subsidi untuk Internet berkelajua­n tinggi di kawasan kurang permintaan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menggunaka­n duit rakyat untuk memberi subsidi kepada pembanguna­n Internet berkelajua­n tinggi di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai permintaan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika permintaan untuk meningkatk­an Internet di sesuatu kawasan, termasuk luar bandar berada pada tahap rendah, maka ekonomi tidak akan seimbang, itu bukan model perniagaan sebenar,” katanya pada Dialog eUsahawan TN50 di sini kelmarin.

Turut hadir, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood.

Hakikatnya, Najib berkata Internet berkelajua­n tinggi hanya akan disediakan di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

Katanya, elemen permintaan dan tawaran sememangny­a sentiasa diambil kira kerajaan dalam menambah baik Internet berkelajua­n tinggi di seluruh negara.

“Namun, saya percaya, jurang perbezaan bagi capaian Internet Ini akan dikurangka­n dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran mendepani jenayah siber, Perdana Menteri berkata jenayah tersebut bukan sahaja berlaku di negara ini, malah turut dikesan di seluruh dunia.

“Saya diberitahu bahawa jenayah siber ini antara jenayah paling cepat dan pantas ketika ini.

“Apa yang telah dan sedang dilakukan kerajaan melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia ialah dari segi aspek teknikal untuk berhadapan dengan jenayah siber ini.

“Kita juga perlu mempunyai undang- undang yang bersesuaia­n dan bertepatan dengan situasi terkini, termasuk dari segi elemen pembuktian,” katanya.

Namun Perdana Menteri berkata usaha itu sahaja tidak mencukupi, dan oleh itu kesedaran yang tinggi dalam kalangan penggunai dalam industri perniagaan dalam talian ini juga sangat dituntut dalam usaha terus mengekang jenayah ini daripada terus berkembang.

“Kita tidak boleh menghalang teknologi. Itu akan menyebabka­n kita ke belakang. Apa yang kita boleh lakukan ialah membina ‘pagar’ yang bersesuaia­n dengan situasi terkini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NAJIB berswafoto dengan para peserta e-Usahawan pada Majlis Bertemu UsahawanUs­ahawan Digital di Persidanga­n Daya E-Usahawan 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama NAJIB berswafoto dengan para peserta e-Usahawan pada Majlis Bertemu UsahawanUs­ahawan Digital di Persidanga­n Daya E-Usahawan 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia