Utusan Borneo (Sabah)

SKA rancang tubuh Akademi Sukan Karate

- Oleh JOHAN AZIZ

RANAU: Presiden Persatuan Karate Sabah (SKA) Datuk Jake Jikulin Nointin berkata, SKA mempunyai perancanga­n untuk menubuhkan Akademi Sukan Karate untuk meningkatk­an lagi mutu sukan ini di negeri ini.

“SKA memerlukan sebidang tanah untuk mewujudkan akademi ini,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Kejohanan Karate Sekolah- Sekolah Rendah Negeri Sabah ke-20 di Kompleks Sukan Ranau, di sini baru-baru ini.

Katanya, dengan adanya akademi tersebut Sabah boleh melahirkan lebih ramai atlet Olympian dari negeri ini yang bertaraf dunia pada masa akan datang.

Kejohanan itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Jake berkata, pada Sukan Malaysia ( Sukma) tahun lalu, pasukan karate negeri Sabah telah menyumbang dua pingat emas, enam perak dan dua gangsa kepada negeri ini.

“Di samping itu, Sabah telah menjuarai Kejohanan Karate Remaja 2017 yang telah diadakan di Perlis pada bulan lalu dengan membawa pulang 9 pingat emas,” katanya.

Beliau menyifatka­n segala kejayaan adalah sokongan semua pihak kepada SKA yang berjaya mencapai sasaran tahap yang lebih tinggi lagi dalam pembanguna­n sukan karate di negeri ini.

Jake berkata, kejayaan ini adalah atas sokongan dan kerjasama padu kepada semua pihak terutama sekali Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Haji Tawfik Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri Sabah, Institut Sukan Negara Cawangan Sabah dan Lembaga Sukan Negeri Sabah.

Beliau juga turut mengucapka­n tahniah kepada semua atlet karate negeri Sabah, pengurus pasukan, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan itu.

“Sukan karate akan dipertandi­ngkan di Olimpik 2020 di Tokyo Jepun dan saya inginkan yang terlbat dalam sukan ini terutama pengerusi cawangan, jurulatih, pengadil, atlet dan ibubapa supaya bekerja keras bagi memastikan program ini dapat direaslisa­sikan.

Pada masa yang sama katanya, SKA juga akan merayakan Ulang Tahun ke 50 pada bulan Disember dan berharap agar semua cawangan dan ahli SKA dapat hadir semasa ulangtahun tersebut yang akan diadakan di Dewan Hakka Kota Kinabalu.

Seramai 700 peserta terdiri pelajar-pelajar sekolah rendah dari seluruh negeri Sabah telah menyertai kejohanan itu.

 ??  ?? JAKE (kanan) mengiringi Masidi menyampaik­an sijil kepada ketua-ketua kontinjen.
JAKE (kanan) mengiringi Masidi menyampaik­an sijil kepada ketua-ketua kontinjen.
 ??  ?? JAKE (tiga kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Masidi.
JAKE (tiga kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Masidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia