Utusan Borneo (Sabah)

Vingada kekal 16 pemain menentang Korea

-

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada mengekalka­n sebahagian besar daripada pemain untuk dua aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand minggu depan.

Jurulatih berasal dari Portugal itu, mengekalka­n 16 pemain daripada skuad yang tewas 2-0 kepada Hong Kong pada 10 Okt lalu, bagi senarai 24 pemain untuk kem latihan kali ini.

Dalam pada itu, lapan pelatih digugurkan iaitu penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Mohd Fitri Omar dan Mohd Syazwan Zainon, semua dari Kedah, Amirulhadi Zainal (Johor Darul Ta’zim-JDT)) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang mengalami kecederaan.

Sebagai ganti, Vingada , yang juga merupakan pengurus pasukan skuad Harimau Malaya, telah menyenarai­kan penyerang skuad bawah- 22 kebangsaan, Syafiq Ahmad (Kedah) serta tujuh pemain JDT iaitu penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S. Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Bagi kem latihan pusat kali ini, 10 pemain dari Perak, Pahang, Selangor, Felda United dan Pulau Pinang perlu melaporkan diri pada Sabtu ini di Wisma FAM, manakala baki 14 pemain dari JDT dan Kedah perlu melaporkan diri pada Isnin, kerana terlibat dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, malam Sabtu ini.

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Buriram melalui Bangkok pada Selasa depan, untuk dua aksi menentang Korea Utara, dengan negara Asia Timur itu menjadi tuan rumah pada 10 Nov, manakala Malaysia menjadi tuan rumah pada 13 Nov.

Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) bulan lalu bersetuju supaya perlawanan tersebut dimainkan di gelanggang berkecuali, selepas tiga kali di tangguhkan sejak Mac lalu berikutan ketegangan hubungan diplomatik kerana pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia 2) pada 13 Feb lalu.

Dengan berbaki tiga perlawanan lagi, Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan B selepas hanya meraih satu mata selepas seri menentang Hong Kong dan tewas kepada Hong Kong pada perlawanan timbal balik dan Lebanon.

Lebanonber­adadikedud­ukan teratas dengan 10 mata selepas empat perlawanan, diikuti oleh Hong Kong (lima mata) dan dua mata oleh Korea Utara.

Senarai 24 pemain:

Safiq Rahim, Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S. Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dari JDT. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan (Perak), Baddrol Bakhtiar, Syafiq Ahmad ( Kedah), Kiko Insa, Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Khairulazh­an Khalid, Adam Nor Azlin (Selangor), Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia