Utusan Borneo (Sabah)

Tiket Final Piala Malaysia habis dijual

-

ALOR SETAR: Lebih 3,000 penyokong Lang Merah bersesak di empat kaunter penjualan tiket di Stadium Darul Aman bagi mendapatka­n tiket final Piala Malaysia antara Kedah dan JDT yang dijadualka­n Sabtu ini.

Tinjauan Bernama hingga 9.30 pagi mendapati ratarata penyokong Kedah yang bermalam dan beratur seawal 8 malam semalam berjaya mendapatka­n tiket sebaik kaunter jualan dibuka pada 9 pagi.

Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar berkata hampir 10,000 tiket yang disediakan di empat kaunter habis terjual dalam tempoh 45 minit.

“Jumlah tiket yang kita dapat ialah 30,000 tetapi 18,000 telah diperuntuk­kan kepada 400 bas manakala lebih 3,000 kepada kelab gabungan, pasukan, exco KFA dan penaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Darul Aman, pada Selasa.

Beliau berkata proses penjualan tiket berjalan lancar namun berlaku sedikit kekecohan apabila ada penyokong yang tidak mendapat tiket.

“Satu kaunter tiket khas untuk penyokong wanita juga dibuka bagi memudahkan pembelian tiket dan keadaan terkawal dengan bantuan daripada pihak polis,” katanya.

Mohd Hafiz Muhammad Halimy, 35, dari Yan gembira kerana berjaya mendapatka­n tiket selepas beratur seawal 9 malam semalam bersama seorang rakannya.

Sementara itu, Siti Nabilah Salim, 23, pula berkata dia kecewa selepas gagal mendapatka­n tiket walaupun telah menunggu di hadapan kaunter sejak 8 malam tadi.

“Saya sedih kerana tidak dapat menyaksika­n final di Stadium Shah Alam nanti kerana setiap kali pasukan berjaya ke final saya akan turun memberi sokongan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, ratusan penyokong kecewa yang tidak mendapat tiket berkumpul di hadapan Pejabat KFA sekitar 10.15 pagi bagi menyatakan kekecewaan mereka. - Bernama

 ??  ??
 ?? -Gambar Bernama ?? ANGGOTA polis terpaksa mengawal orang ramai yang merebut untuk membeli tiket final Piala Malaysia Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, pada Rabu.
-Gambar Bernama ANGGOTA polis terpaksa mengawal orang ramai yang merebut untuk membeli tiket final Piala Malaysia Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, pada Rabu.
 ?? -Gambar Bernama ?? PEMINAT bola sepak (dari kiri) Norlis Abdul Rahman, 45, Shabihah Mohd Rani, 51, Roshidah Ramli, 41, Noramira Din, 23, dan Surana Awang Isa, 42, menunjukka­n tiket final Piala Malaysia Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dibeli mereka di...
-Gambar Bernama PEMINAT bola sepak (dari kiri) Norlis Abdul Rahman, 45, Shabihah Mohd Rani, 51, Roshidah Ramli, 41, Noramira Din, 23, dan Surana Awang Isa, 42, menunjukka­n tiket final Piala Malaysia Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dibeli mereka di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia