Utusan Borneo (Sabah)

PBS agih bantuan di Kg Sungoi dan Liau Ulu

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Bingkor Peter Jino Allion telah mengagih- agihkan bantuan kepada Kampung Sungoi dan Liau Ulu di sini di bawah peruntukan Ahli Parlimen Keningau.

Bantuan peralatan dapur itu adalah untuk kegunaan balairaya kampung berkenaan.

Dalam ucapannya, Peter meminta rakyat Bingkor menyokong calon Barisan Nasional (BN) kawasan itu yang bertanding pada pilihan raya umum ( PRU) akan datang.

“Sejak Bingkor diwakili oleh wakil rakyat pembangkan­g, tidak ada peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan malah rakyat Bingkor juga tidak dapat pembelaan yang sewajarnya.

“Saya percaya sekiranya kita berada di dalam kerajaan, kita akan mendapat peruntukan yang lebih dan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Bingkor,” katanya.

Beliau berharap agar rakyat Bingkor tidak mengulangi kesilapan lalu sebaliknya berfikiran lebih positif untuk menentukan hala tuju Bingkor dengan menyokong BN agar pembanguna­n pesat dapat dinikmati seperti kawasan lain yang diwakili oleh wakil rakyat BN.

Peter juga meminta agar rakyat di kawasan itu terus bekerjasam­a dalam mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan sentiasa mengutamak­an perpaduan, keamanan dan kehidupan yang sejahtera.

Beliau juga difahamkan bahawa masih banyak kampung di kawasan Bingkor yang memerlukan bekalan air bersih, jalan raya yang baik selain rangkaian telekomuni­kasi.

“Saya memberi jaminan masalah ini boleh diselesaik­an sekiranya rakyat terus memberikan sokongan padu kepada calon BN pada PRU14,” katanya.

 ??  ?? PETER (enam kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penduduk Kg Liau Ulu.
PETER (enam kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penduduk Kg Liau Ulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia