Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda perlu hayati budaya bangsa

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Generasi muda masa kini perlu memahami, menghayati dan mempelajar­i budaya bangsa agar dapat melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, usaha itu penting bagi membolehka­n anak muda memiliki acuan sendiri sesuai dengan budaya bangsa di Malaysia.

“Anak- anak kita yang bakal memimpin negara pada tahun 2050 nanti dikhuatiri tidak mengenal sastera kebangsaan­nya seperti pantun, puisi, gurindam, syair, seloka, dan sebagainya.

“Tanpa usaha ini, mungkin generasi 30 tahun akan datang hanya dapat mengetahui sastera kebangsaan kita melalui pembacaan tetapi tidak lagi menjadi amalan dalam kehidupan,” katanya ketika merasmikan Program Dendang Jiwa Serumpun bersempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 peringkat negeri, di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n agar bahasa, sastera, budaya, kesenian, adat resam dan khazanah alam di negeri terus dipelihara dan dikekalkan keaslianny­a.

Katanya, ia boleh dicapai melalui persembaha­n hiburan yang dilihat mampu mengisi minda serta ilmu pengetahua­n tentang budaya, sastera dan sejarah negara.

“Persembaha­n kebudayaan amat menarik untuk dipraktikk­an bagi menimbulka­n kreativiti serta inovasi anak- anak muda berkaitan ilmu sastera dan budaya kita.

“Justeru, marilah kita samasama terus mempertaha­nkan perjuangan yang telah lama digerakkan­olehparape­mimpin terdahulu dalam usaha melestarik­an bahasa, sastera serta budaya kebangsaan dan etnik khususnya di negeri ini,” jelasnya.

Mengenai program itu, Pairin berkata ia akan memberi suntikan baharu kepada generasi muda meneroka, menyelidik dan mengkaji kebudayaan serta kearifan tempatan yang ada di Sabah.

Katanya, ia juga menjadi wadah menyemarak­kan rasa cinta akan bahasa, sastera dan budaya kebangsaan.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Jabatan Penerangan Negeri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( JKKN) Sabah, Bahagian Teknologi Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Hadir sama ialah Ketua Pengarah DBP Malaysia Datuk Adzis Abas, Pengarah JKKN Sabah Mohamad Raizuli Mat Jusoh, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani dan Pengarah DBP Cawangan Sabah merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Program Dendang Jiwa Serumpun 2017 Asmiah Ajamain.

 ??  ?? ADZIS (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Pairin.
ADZIS (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Pairin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia